Ada sesiapa yang mengidam makan karipap sardin? Intinya penuh, bersama dengan kulit luarnya yang rangup pasti dapat menggiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Cara pembuatannya sama seperti karipap biasa, bezanya mereka hanya menukarkan inti kari bersama inti sardin.

Karipap sardin boleh dimakan semasa sarapan pagi, atau jadikannya hidangan sampingan semasa makan tengahari ataupun makan malam. Beberapa tips boleh digunakan untuk merangupkan karipap, antaranya adalah dengan meletakkan air kapur yang jernih. Untuk karipap sardin pula, tips yang diberikan untuk membuatkan rasa karipap itu lebih enak dan wangi adalah dengan meletakkan mentega.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh JJ Pau Mawar dan telah mendapat ribuan perkongsian. Let’s check it out!

Resepi Karipap Sardin

karipap sardin

image via Facebook

Bahan – bahan:

Untuk kulit karipap:

  • 1 kilo tepung gandum baker choice
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 3 sudu butter blend @ majerin
  • 2 sudu teh garam halus
  • 1 1/2 cawan air ikut kelembutan
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 2 sudu besar Shortening untuk goreng
  • 1 sudu besar air kapur jernih

Untuk inti karipap:

  • 2 tin sardin
  • 5-7 biji bawang besar atau bawang holland (di potong dadu)
  • 3-5 sudu lada (dikisar)
  • 3-4 biji bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 biji telur (pilihan)
  • 5-6 batang daun sup (dimayang)
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1 sudu teh perisa maggie cukup rasa
  • Garam gula ikut keperluan
  • Minyak masak sedikit untuk menumis

Kaedah penyediaan:

Kulit karipap:

  1. Ayak tepung gandum dan buat lubang di tengah ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak biar panas dan letakkan butter.
  3. Biarkan butter cair dan tuang pada tepung yang telah diayak.
  4. Kacau dengan senduk kayu biarkan seketika baru gaul dengan tangan jadi serbuk roti.
  5. Larutkan garam gula dan air kapur.
  6. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh dan perap 1/2 jam baru di terap.
  7. Saya terap kemudian kelim semula untuk elak dari terbuka. 

    karipap sardin

    image via Facebook

  8. Goreng dalam minyak yang banyak dan campurkan dengan shortening untuk mengebuskan karipap.

Inti karipap:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan lada dan tumis lagi sehingga garing.
  3. Masukkan gula sedikit bagi proses lada cepat garing.
  4. Ikan sardin dibuang tulang asingkan dulu kuahnya.
  5. Sardin dihancurkan sekali dengan kuahnya dan masukan dalam lada yang sudah garing tadi masak sampai kering.
  6. Pecahkan telur kacau dengan cepat dan masukkan daun sup kemudian kacau sebati dan angkat.
  7. Sejukkan inti dahulu baru di gunakan.

Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi karipap sardin ini, terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba untuk variasikan hidangan anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya! Selamat mencuba!

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.