Cheese tart memiliki rasa dan pesona yang tersendiri. Bentuknya yang cantik dan comel serta rasa yang sedap membuat blueberry cheese tart sangat digemari.

Pada resepi ini kami akan mengongsikan resepi blueberry cheese tart yang terlajak sedap dan mendapat perkongsian sangat ramai di Facebook, resepi ini dikongsikan oleh Khairil Bariah.

Dipanggil blueberry cheese tart kerana ia menggunakan blueberry jam dan krim cheese sebagai filling. Tart ini dapat dijadikan makanan pencuci mulut untuk majlis-majlis mewah.

Anda yang memiliki bisnes niaga kek atau tart dapat mencuba resepi ini untuk menjual tart yang menarik. Anda boleh juga membuat blueberry cheese tart ini untuk dimakan bersama keluarga. Konfirm tart anda akan laku dan habis dalam sekejap sebab terlampau sedap.

Resepi Blueberry Cheese Tart

blueberry cheese tart

Imej via Facebook

Bahan Shell

  • 125 g buttercup/marjerin
  • 60 g gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 240 g tepung gandum
  • 1 sb esen vanilla

Bahan Cheese Filling

  • 500 g cream cheese
  • 80 g gula castor
  • 1/2 sb esen lemon/esen vanilla
  • 20 g buttercup
  • 1 biji kuning telur

Cara Membuat Shell

1. Pukul butter dan gula aising sampai sebati.
2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla/esen lemon.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh.
4. Kemudian simpan dalam peti ais selama 20 minit.
5. Selepas 20 minit boleh tekan dalam acuan dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 150°C.

blueberry cheese tart

Imej via Facebook

Untuk Filling Blueberry

  • Biasa filling boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas.
  • Masukkan filling dalam piping bag untuk memudahkan proses meletakkan ia dalam shell tadi.
  • Picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
blueberry cheese tart

Imej via Facebook

Cara Filling Cheese Cream

1. Pukul cheese cream, gula kastor dan butter sampai kembang dan gebu.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla/esen lemon.
3. Akhir sekali pipe ke dalam shell yang telah dimasukkan filling dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 120°C.

blueberry cheese tart

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi blueberry cheese tart, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.