Pada era moden seperti sekarang ini, minuman tradisional seperti air asam kunyit halia sudah tidak diamalkan.

Padahal sejatinya, minuman tradisional atau semula jadi inilah yang sihat lagi menyihatkan. Ia diperbuat dengan bahan-bahan herba alami yang mengandungi antioksidan yang baik dan organik berbanding minuman lain yang tidak diketahui apa isinya secara tepat.

Air asam kunyit halia tidak dapat dinafikanpenuh dengan berbagai-bagai kebaikan. Ianya sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan period dan keguguran.

Banyak khasiat air asam kunyit halia lain yang perlu anda ketahui seperti :

  1. Menghilangkan sakit-sakit badan,
  2. Mengawal berat badan,
  3. Antibakteria/mempercepatkan sembuh luka dalaman,
  4. Melancarkan peredaran darah, warna kulit menjadi cerah,
  5. Mengurangi lemak dalam badan,
  6. Melambatkan proses penuaan,
  7. Mengecilkan/mengempiskan perut,
  8. Memberi tenaga,
  9. Membuang angin dalam badan,
  10. Awet muda,
  11. Menyegarkan tubuh badan,
  12. Melancarkan darah haid dan nifas,
  13. Menaikkan seri wajah,
  14. Merapatkan miss v,
  15. Merawat keputihan dan masalah senggugut,
  16. Menghilangkan bau-bau badan,
  17. Memberi kecergasan tubuh,
  18. Menambahkan keintiman,
  19. Melawaskan pembuangan,
  20. Menambahkan susu ibu.

Sila tengok resepi yang kami kongsikan di bawah ini, dikongsikan oleh Lin Na Pesona di laman Facebook. Resepi untuk stock satu bulan.

Resepi Jamu Air Asam Kunyit Halia

air asam kunyit alia

Imej viaFacebook

Bahan-bahan :

  • 6 ketul kunyit hidup,
  • 1 ruas halia,
  • 3 biji manjakani (jika suka),
  • 3 helai daun sirih (jika suka),
  • Asam jawa semangkuk kecil,
  • Gula merah@gula melaka secukup rasa,
  • Air.

Cara-cara :

  1. Kisar kunyit dan halia dengan air.
  2. Masukkan gula merah dan asam jawa.
  3. Masukkan buah manjakani dan sirih (jika suka).
  4. Rebus sampai mendidih.
  5. Jika sudah sejuk tapis air.
  6. Boleh minum suam lagi. Selebihnya boleh simpan dalam peti sejuk.
  7. Cara minum : Sebulan 3 kali di waktu pagi.

    air asam kunyit halia

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi air asam kunyit halia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.