Resepi Kek Marble Yang Sedap dan Senang dengan 4 Langkah

Anda ada banyak masa lapang tapi tak tahu nak buat apa? Apa kata anda cuba resepi kek marble ni. Serious senang dan tak pening kepala fikirkan resepinya

Sebab senang sangat. Dah la memang confirm sedap. Senang pulak tu. Alangkah indahnya kalau anda jamukan kek ini waktu minum petang untuk seisi keluarga anda. Pasti akan membuatkan mereka tersenyum.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Rohayati Ismail dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kek Marble

Resepi Kek Marble

Imej via Facebook

Anak baru baik demam. Berselera makan. Mak pun rajinkan diri buat kek. Tapi sebab oven rosak, mak bakar dalam periuk je.

Ada yang pernah buat macam ni jugak?

UPDATE : Saya dah selalu buat. Dan periuk tak terbakar. Sebab pakai api kecik.

PERINGATAN : kalau pakai cara ni, korang jangan tinggal pergi kedai. Jangan tengok sinetron. Bahaya kalau lupa.
Kalau takut terbakar, kukus pun boleh. Resepi yang sama, boleh di kukus.

Kek marble resepi derhaka. Sebab resepi yang dah di gabungkan dari beberapa resepi. Sedap!! Manis sedang-sedang. Gebu dan lembut. Resepi memang senang.

Resepi kek marble sedap dan senang.

Bahan Bahan

  • 170 gram tepung gandum (1 suku cawan)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 100 gram gula castor (tapi akak pakai gula pasir je. Malas nak gi kedai)
  • Setengah cawan susu pekat
  • 4 biji telur
  • 200 gram marjerin (agak2 dalam 1 setengah cawan)
  • 1 sudu kecil ovallet (optional)
  • Setengah cawan serbuk koko

Cara Cara Memasak

  1. Ayak tepung gandum dengan baking powder. Buat kek apa pun, mesti nak kena ayak tepung dulu. Supaya tepung jadi ringan dan kek naik cantik.
  2. Campur marjerin dengan gula. Pukul sampai gebu. Pastu masukkan susu pekat. Bila dah gebu masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan ovallet.
  3. Last sekali masukkan tepung. Gaul rata. Kemudian bahagi 2. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Suka hati nak bahagi berapa. Ikut warna yang korang nak. Tuang selang seli dalam loyang. Jangan lupa, loyang sapu marjerin. Kang tak pasal pasal melekat.
  4. Bakar selama 45 minit. Ikut lah kesesuaian oven korang. Akak bakar dalam periuk je. Letak tungku dalam periuk. Dapur gas tu, api yang last sekali paling kecik.

Resepi asal pakai satu buku butter. Tapi memandangkan tekak dah macam orang tua, nak makan kek macam zaman dulu, maka akak pakailah marjerin pelangi. Nampak nau dah tua kan.

Kalau takde ovallet, takpe. Buat je. Tetap jadi. Cuma kurang gebu. Kalau takde susu pekat, pakai gula 150gram. Cuma, kurang moist.

**Kalau takde mixer, blender telur, gula, susu dan ovallet. Kemudian tuang dalam besen. Lepas tu masukkan tepung yang dah di ayak dengan baking powder. Last sekali tuang marjerin yang dah di cairkan. Gaul rata dan bahagikan ikut warna. Dan bakar. Kalau takde loyang, pakai periuk yang kecik sikit. Supaya boleh masuk dalam periuk besar untuk bakar.

Jadi, takde alasan lagi nak buat kek sebab takde oven dan mixer.

Selamat Mencuba

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi kek marble, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!