Tidak mempunyai ketuhar? Baru belajar memasak? Kini sesiapa sahaja boleh menyediakan kek red velvet versi kukus yang lebih mudah, lebih ringkas dan boleh disediakan oleh sesiapa sahaja.

Resepi ini menjanjikan rasa yang sama sedapnya seperti kek red velvet biasa walaupun kukus. Jadi, anda bolehlah sediakan kek ini buat yang tersayang!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Kek Red Velvet Kukus

resepi-kek-red-velvet-kukus
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A (Buttermilk)

  • 240ml susu cair
  • 2 sudu teh cuka makan
  • 1 sudu besar pewarna merah

Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan C

  • 2 biji telur gred A
  • 3/4 cawan mentega
  • 1 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan D

  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh cuka makan

Topping:

  • 250 gram cream cheese
  • 2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara – cara penyediannya:

  1. Satukan semua Bahan A, kacau dan biarkan selama 10 minit.
  2. Satukan semua Bahan B, ayak dan ketepikan dahulu.
  3. Pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit-sedikit, selang seli dengan buttermilk.
  6. Campur soda bikarbonat dan cuka. Biarkan berbuih dan masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan dlam bekas kecil, isi separuh sahaja.
  8. Kukus selama 20 hingga 25 minit.
  9. Pastikan balut tutup pengukus.

Topping:

  1. Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.
  2. Curahkan topping ke atas kek.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.