Mencari kek untuk birthday? Kek pelangi boleh jadi antara rujukan anda. Tidak ada masa beli kek pelangi? Boleh buat sendiri mengikut citarasa dan feeling sendiri untuk birthday orang kesayangan.

Resepi kek pelangi karamel homemade ini bukan biasa-biasa ya. Tampak tampilannya sangat merangsang selera ingin comot untuk makan.

Sensasi kek pelangi berkaramel dan penuh krim sangat menyelerakan. Resepi daripada HaNy NisHa di laman Facebook ini sangat menarik. Ia membuat kek pelangi berasaskan puding dan apam. Menarik untuk dicuba buat sendiri dan dihidangkan.

Tanpa buang masa, sila tengok resepi di bawah ini. Hidangkan kek pelangi untuk menjamu tetamu. Selamat mencuba.

Resepi Kek Pelangi Karamel

kek pelangi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

Gula Karamel :

  • 2 sudu besar gula,

Puding :

  • 2 biji telur gred A,
  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 sudu besar esen vanilla.

Apam Susu Pelangi :

  • 3 biji telur *,
  • ½ cawan gula *,
  • 1 sudu besar ovalatte *,
  • 1 sudu kecil esen vanilla *.
  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 5 sudu besar susu pekat,
  • 5 sudu besar susu [email protected],
  • Pewarna.

Cara-cara :

  1. Mula-mula buat gula karamel. Gula dicairkan dalam loyang 8 inch. Biar sampai keperang-perangan. Sejukkan dan ketepikan dahulu.
  2. Seterusnya satukan kesemua bahan puding. Pukul sebati dan tapis ke dalam loyang gula karamel tadi. (kalau saiz loyang besar lagi dan tebal tambah saja kuantiti telur, susu cair dan pekat ikut kreatif masing-nasing).
  3. Kukus selama 20-25 minit. (Tips agar tidak berair ialah tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil supaya uap tidak menitik).
  4. Mix bahan apam sampai gebu.
  5. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  6. Jika adunan sudah kembang, masukkan susu pekat.
  7. Pukul sebati lepas itu matikan mixer.
  8. Masukkan tepung selang seli dengan susu cair @ segar.
  9. Jika sudah siap adunan, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak
  10. warna yang anda minat.
  11. Jika sudah letak warna terus tuangkan ke atas puding yang sudah dikukus tadi, selang selikan.
  12. Jangan penuh sangat nanti tidak ada ruang untuk dia kembang. (So, yang baki tadi boleh ambil loyang saiz 5 inch dan dapat kek pelangi lagi sebiji).
  13. Balut semula dengan aluminium foil dan kukus semula 30 minit dengan api sederhana.
  14. Siap. Lagi best kalau makan sejuk-sejuk. Masukkan dalam peti ais dulu.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek pelangi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.