Dorayaki makanan doraemon, salah satu makanan kesukaan anak-anak. Jika anda ingin mencuba kami suntingkan sekali resepi dorayaki daripada ‎Puan Jue‎ di laman Facebook pada perkongsian ini.

Dorayaki ialah kuih tradisional Jepun yang bentuknya bundar, sedikit tembam, terdiri daripada dua lapis kuih yang biasanya dilekatkan dengan mentega kacang merah. Dorayaki memiliki tekstur yang lembut. Adunan ini juga mengandungi madu.

Di Malaysia, makanan ringan ini diperkenalkan bersama dengan anime Doraemon. Watak robot Doraemon mempunyai kegemaran memakan dorayaki. Dorayaki yang dijual di kedai-kedai Malaysia kebanyakannya sudah disesuaikan dengan selera tempatan seperti dorayaki berisi coklat dan kaya.

Dorayaki juga dikenal dengan sebutan obanyaki. Namun sejatinya kedua-dua makanan ini ialah berbeza. Tunggu apalagi, jom buat dorayaki yang comel dan sedap ini sekarang. Selamat mencuba.

Resepi Dorayaki

resepi dorayaki

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum,
  • ½ cawan gula,
  • 2 sdb baking powder,
  • 3 sdb air,
  • 2 biji telur,
  • 1 sdb madu @ susu pekat,
  • ½ sdb minyak masak,
  • 1 sdk esen vanila,
  • Intinya : Terpulang mahu inti kacang merah, coklat, strawbery, kaya, pinut butter dan lain-lain.

Cara Membuat :

  1. Masukkan gula dan telur ke dalam mangkuk adunan. Kemudian pukul sebati.
  2. Campurkan baking powder dan air. Kacau sehingga baking powder larut. Kemudian campurkan ke dalam mangkuk telur tadi.
  3. Masukan tepung, susu, minyak dan esen vanila. Kacau sehingga adunan sebati dan rehatkan adunan selama 15 minit, jika adunan terlalu pekat boleh tambah 1 sudu air.
  4. Panaskan pan @ kuali leper yang tidak melekat. Seduk adunan ikut saiz yang dikehendaki di atas pan, api kecil ya jangan besar nanti hangus.
  5. Ulang langkah seterusnya sehingga adunan habis.
  6. Akhir sekali sapukan inti kesukaan anda dan kepitkan dengan kepingan dorayaki yang lain. Siap.

Resepi Menarik Lain

‎Selain resepi dorayaki, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.