Kelantan amat tersohor dengan hidangan gulainya. Jika mak -mak ke sana, tentu akan banyak jumpa maanan berasaskan kuah jens berempah ini. Sama ada gulai daging, ikan bahkan ayam.

Makan tengah hari nasi putih dengan gulai ayam amat memuaskan selera. Ingin lagi berselera? Bungkus nasi dan alas dengan daun pisang. Tentu autentik rasanya. Makan dengan keropok. Sedap tiada terkata. Wah sudah tidak sabar untuk cuba resepi ini

Untuk menjamu selera anda, kami tuliskan di bawah ini resepi gulai ayam yang amat sedap. Dikongsikan oleh Afy AL Habibi‎ di laman Facebook. Buat sekali pasti teringin lagi!

Resepi Gulai Ayam Kelantan

gulai ayam

Imej via Facebook

Bahan Pes Gulai Ayam (5-6 ketul ayam) :

  • 3-4 biji bawang merah (saiz syiling 20 sen),
  • 1 ulas bawang putih,
  • Sehiris nipis lengkuas,
  • Sehiris halia,
  • 3 hirisan serai,
  • ½ sudu kecil ketumbar,
  • ½ sudu kecil jintan putih,
  • Kisar semua bahan di atas sehingga lumat.
  • 3 sekawan ( ½ batang kayu manis, 3 biji pelaga, bunga lawang),
  • 1 sudu besar cili kering,
  • 3 sudu besar serbuk kari,
  • 1 sudu besar serbuk kerutuk,
  • Air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ cwan air),
  • ¼ sudu besar garam,
  • ½ sudu besar gula putih,
  • ½ sudu besar gula perang,
  • 1/4 cawan kecil santan,
  • Kerisik,
  • Ayam dibasuh bersih guna gandum.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 3 sekawan( ½ batang kayu manis, 3 biji pelaga dan bunga lawang).
  2. Jika sudah naik bau, masukkan bahan kisar terlebih dahulu.
  3. Setelah garing, masukkan 1 sudu besar cili kering. Kacau rata. Biar semuanya masak sebati.
  4. Kemudian masukkan 3 sudu besar serbuk kari. Kacau rata.
  5. Tambahkan 1 sudu besar serbuk kerutuk untuk rasa yang lagi power (tidak letak pun tidak apa).
  6. Terus tuang air asam jawa. Kacau lagi.
  7. Tunggu pes sehingga pecah minyak sebelum langkah seterusnya.
  8. Masukkan ¼ sudu besar garam, ½ sudu besar gula putih, ½ sudu besar gula perang dan sedikit perasa (rasa pada peringkat awal). Kacau rata.
  9. Kemudian, masukkan ayam yang dibasuh bersih guna gandum. Barulah ayam bersih tanpa bau hanyir.
  10. Balik-balikkan biar sebati dengan pesnya. Guna senduk kayu supaya isi ayam kekal terbentuk.
  11. Seterusnya, tutup periuk dengan tudungnya.
  12. Biarkan ia mereneh selama 20 minit.
  13. Masukkan pula ¼ cawan kecil santan kotak pekat. Jangan terlebih, nanti mengganggu rasa dan warna. Juga masukkan 1/3 gelas air. (Kalau air waktu mereneh ayam tadi masih banyak, kurangkan air kosong yang perlu dimasukkan).
  14. Masukkan juga 1 sudu besar kerisik. Rasa gulai pasti lagi sedap.
  15. Tutup api selepas gulai sudah mendidih dengan rasa yang cukup segalanya.
  16. Siap.

    gulai ayam

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi gulai ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.