Nutrien dan protein dalam ikan, dan terutamanya asid lemak omega-3 elok untuk jantung, perkembangan otak dan pembiakan. Ini mengetengahkan peranan ikan dalam fungsi tubuh manusia.

Namun ada juga orang yang tidak berapa suka makan ikan. Ada yang cakap hanyir, daging tak sedap dan lain-lain. Umumnya yang tidak suka ikan ini ialah budak-budak. Maka itu para orang tua kena pandai pujuk anak makan ikan dengan cara masak ikan mengikut resepi yang sedap dan lazat.

Ikan tak mahal dan senang di dapat. Beza jenis ikan beza pula manfaat kesihatannya. Anda perlu membiasakan anak anda makan ikan selain daripada ayam mahupun daging.

Kami hadirkan kepada anda 25 resepi ikan menarik, sedap dan lazat yang patut anda cuba. Sesuai untuk makan satu keluarga, kenduri ataupu niaga. Jom tengok resepi di bawah ini.

1. Resepi Ikan Masak Kuah Pekat

ikan masak kuah pekat

Imej via Facebook

Favorite gila ikan masak asam kuah pekat pekat ini. Satu lauk sudah cukup untuk makan satu keluarga. Siapa yang sukakan juga lauk macam ini boleh cuba resepi ikan masak kuah pekat yang dikongsikan oleh Nur Atiqah Hamid‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

  • Ikan merah seketul
  • Bawang besar 1 biji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Halia seinci*
  • Lada hitam biji*
  • Pes asam jawa sesudu kecil
  • Kicap mudim satu sudu
  • Bawang besar, cili merah, cili padi hiris
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak :

  1. Goreng ikan.
  2. Tumbuk bahan bertanda *.
  3. Masukkan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
  4. Letak air sedikit.
  5. Biar kuah mendidih kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan kicap. Kalau tak suka letak kicap masukkan gula sedikit.
  6. Tutup api. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang dihiris.

2. Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan

kari siakap tanpa santan

Imej via Facebook

Ada sebahagian orang tidak suka masak kari letak santan. Mesti pelik kan, tapi resepi ini sudah turun-temurun daripada ‎NurQatrunnada Haryanti Abd Basir‎ di Facebook dan selalau dipakai hingga sekarang. Resepi ini dapat memikat hati suami dan mertua. Tentunya anda patut cuba resepi ini.

"

Bahan-bahan :

  • Ikan (ikan apa pun boleh)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih *
  • Halia*
  • Daun kari*
  • Halba campur*
  • Cili kering yang sudah direbus dan dikisar*
  • Rempah kari babas*
  • Air asam jawa
  • Bendi. (Boleh letak sayur kacang kelo ganti bendi)
  • Tomato.
  • Minyak masak.
  • Gula dan garam secukup rasa.
    (Sukatan sesuka hati dan sesedap rasa sahaja).

Cara Memasak :

  1. Bahan bertanda * wajib ditumis sampai pecah minyak.
  2. Untuk pekatkan kuah, cincang tomato 2 biji dan masukkan masa menumis bawang.
  3. Jika sudah pecah minyak, letak gula, garam dan air asam jawa.
  4. Jika sudah agak hancur dan lerai baru masukkan cili dan rempah kari.
  5. Akhir sekali masukkan ikan.

3. Resepi Ikan Percik

ikan percik

Imej via Facebook

Ikan percik paling diminati rama. Banyak yang cuba resepi yang dikongsikan ‎Afy AL Habibi‎ di Facebook dan kata mereka hasilnya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Kami hadirkan untuk anda resepi ikan percik dari proses perap ikan sehinggalah siap sepenuhnya. Selamat merecik.

Bahan Perap Ikan :

  • Ikan Kembung 5 ekor
  • 2 batang serai*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*

Cara Memasak :

  1. Ikan basuh bersih dan kelar.
  2. Untuk bahan bertanda *, kesemua bahan bertanda dihiris nipis dan masukkan dalam tabung pengisar.
  3. Kemudian tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
  4. Kisar hingga lumat.
  5. Lumur rata bahan kisar pada ikan.
  6. Perap selama 20 minit.

Bahan Untuk Kuah Percik

  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 hiris nipis halia
  • Secubit belacan
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

Cara Membuat Kuah Percik

  1. Kisar semua bahan hingga lumat.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
  3. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. (Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa)
  4. Tambahkan 1 senduk air kosong.
  5. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar.
  6. Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas dan warna pun merah cantik.
  7. Letak periuk atas dapur. Kemudian buka api perlahan.
  8. Perahkan sehiris limau nipis.
  9. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal. (Kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat).
  10. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
  11. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
  12. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
  13. Kemudian untuk ikan pula, bakar ikan di atas bara api.
  14. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
  15. Angkat seketika pemanggang ikan.
  16. Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.
  17. Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah.
  18. Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.

4. Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

ikan patin masak tempoyak

Imej via Facebook

Ada petua rahsia untuk mendapati ikan masak tempoyak yang tidak cair, Puan Hana Ismail‎ di Facebook telah mengongsikan petua-petua antaranya; air jangan banyak sangat, cukup-cukup bagi ikan tenggelam saja; tempoyak kena letak lebih baru kuah pekat; kuah kena reneh lama sikit dengan api yang kecik baru pekat. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • Ikan patin
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Tempoyak
  • Garam
  • Asam keping (kalau tempoyak sudah cukup masam tak letak pun tak apa)
  • Air (guna 1 1/2 gelas)
  • Daun kunyit(potong halus)

Cara-cara :

  1. Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat.
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi, biar mendidih masukkan tempoyak.
  3. Tunggu sampai mendidih masukkan ikan.
  4. Kecikkan api, renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak.
  5. Masukkan daun kunyit.
  6. Kalau kuah sudah pekat, tutup api dan siap.

5. Resepi Ikan Siakap Stim Limau

siakap stim limau

Imej via Facebook

Resepi yang satu ini sangat memuaskan hati dengan rasanya yang cukup masam, manis, masin dan rasa fresh dari bawang putih dan daun ketumbar. Marina Ismail‎ di Facebook telah mengongsikan resepi ikan siakap stim limau, di mana tip masakan Thailand ini ialah banyakkan bawang putih dan kurangkan bawang merah. Setengah menu memang langsung tak letak bawang merah. Jom tengok resepi campak campak jadi ini.

Bahan-Bahan:

  • 5 ulas bawang putih
  • Stok ayam ( kalau tak ada guna 1 kiub pati ayam kacau dengan 1/2 cawan air panas)
  • Cili api merah
  • Daun limau
  • Serai
  • Halia
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
  • Sos ikan (5 sudu besar)
  • Garam (tak letak pun tak apa)
  • Gula secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan.
  2. Sediakan bekas yang sesuai mengikut size ikan dan letak dalam pengukus. Guna magic pan pun boleh, lagi cepat masak.
  3. Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakan.
  4. Kemudian sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.
  5. Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.
  6. Masukkan bawang putih yang sudah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Rasa dan adjust sampai puas hati. Ketepikan.
  7. Bila ikan sudah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.
  8. Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No.5) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. Siap.

6. Resepi Ikan Sumbat

ikan sumbat

Imej via Facebook

Ikan sumbat boleh dijadikan menu masakan untuk di rumah dihidang kepada suami dan anak-anak. Walaupun banyak anak-anak yang susah makan ikan, namun dengan ikan sumbat ini confirm anak-anak anda akan suka ikan dan request lagi sebab sedap. Oleh itu, anda yang ingin menghidang ikan sumbat sedap untuk keluarga sila rujuk resepi yang dikongsikan oleh Rima Zafira‎ di Facebook ini. Step by step ikan sumbat inti kelapa.

Bahan-bahan :

  • Kelapa parut
  • Serai
  • Cili padi dan cili masak (ikut pedas mana yang kita mahu)
  • Belacan (sedikit sahaja)
  • Bawang Besar (setengah labu)
  • Bawang Putih (2 ulas)
  • Kunyit hidup atau serbuk kunyit (sikit saja)
  • Garam
  • Perahan limau nipis

Cara Memasak :

  1. Ikan dibelah belakang dan dibuang tulang tengah.
  2. Cuci bersih ikan dan gaul dengan garam serta kunyit.
  3. Tumbuk semua bahan-bahan dan sumbat dalam ikan.
  4. Goreng sampai ikan dan bahan-bahan yang disumbat sehingga masak.

Tips : kalau tak ingin inti-inti terkeluar daripada ikan, letakkan putih telur dekat inti yang sudah disumbat tadi.

7. Resepi Ikan Tenggiri jeruk

tenggiri jeruk

Imej via Facebook

Resepi ikan tenggiri jeruk yang dikongsikan oleh Yuss Aisya‎ ini menggunakan daun sage, mengapa daun sage? kerana menurutnya daun sage ada aroma yang sangat strong dan ada khasiat tersendiri, bersifat remedy, menenangkan, menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk orang berpantang. Resepi ini biasa digunakan untuk berniaga. Jom tengok resepinya.

Bahan Perap :

  • Jus limau kasturi/nipis/lemon*
  • Garam secukupnya*
  • Halia hiris halus spt mancis*
  • Lengkuas hiris halus spt mancis*
  • Sedikit biji ketumbar
  • Sedikit daun sage untuk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
  • Black pepper (kisar)

Cara Memasak :

  1. Bersihkan tenggiri segar. perap dengan bahan perap di atas.
  2. Semua bahan bertanda * hendaklah kuantiti yg secukupnya (garam mesti bersalut untuk awet ikan supaya tak busuk dan tahan lama).
  3. Simpan peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng.
  4. Goreng dengan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.

Sangat mudah dan menarik bukan. Sila cuba resepi di atas dan manjakan selera anda. Selamat memasak.

8. Resepi Ikan Bakar Berempah

Resepi ikan bakar berempah yang dikongsikan oleh Zaa Zafwan‎ di laman Facebook ini amat menarik. Jika dilihat dari tampilannya, resepi ini amatlah menggiurkan. Paling sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas, makin berselera makan.

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan talapia atau ikan jenis lain.
  • Bawang merah besar (2 biji),
  • Bawang putih (5 ulas),
  • Halia,
  • Lengkuas,
  • Serai 2 batang,
  • Minyak,
    *Kesemua bahan di atas ditumbuk atau dikisar (kecuali ikan).
  • Pes asam jawa,
  • Rempah kari ikan atau daging,
  • Cili giling,
  • Daun kunyit (dimayang halus),
  • Garam dan gula,
  • Daun pisang.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bahan tumbuk/kisar sampai agak garing.
  2. Kemudian masukkan cili giling dan rempah kari, tumis sampai pecah minyak sedikit.
  3. Terus masukkan pes asam jawa.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Taburkan daun kunyit.
  6. Agak-agak sudah terasa masam masin manis, boleh tutup api.
  7. Sapukan pes pada ikan dan balut dengan daun pisang.
  8. Bakar ikan sehingga masak.

    Imej via Facebook

9. Resepi Ikan Kembung Bakar Cili Api

Resepi ikan kembung bakar menggunakan santan jadi lebih juicy dan berkrim. Makanan ini pula paling sesuai dimakan dengan nasi putih. Tanpa tunggu lama, mari kita lihat resepi ikan kembung bakar yang dikongsikan oleh Rosma Ros‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan kembung,

Bahan Tumbuk/blander :

  • Bawang besar sebiji,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Cili api hijau 7 biji,
  • Cili api merah 7 biji,
  • Cili merah besar 4 biji,
  • Halia seinci,
  • Serai 2 batang,
  • Kunyit hidup seinci,
  • Buah keras 2 biji,
  • Belacan sebesar ibu jari.
    (Blend kesemua bahan.)
  • Santan pekat@susu cair 4 sudu,
  • Garam ,
  • Gula,
  • Pati bilis,
  • Perasa,
  • Asam keping@air asam.

Bahan Hiasan :

  • Lada hitam serbuk untuk tabur,
  • Daun limau purut,
  • Daun sup.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis bahan blend, biarkan pecah minyak. Masukkan semua bahan lain.
  3. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih. Tunggu pekat sedikit.
  4. Rasakan manis dan masin semua.
  5. Letak daun pisang di atas kuali leper.
  6. Curah kuah, letak ikan di atas kuah, curah lagi kuah.
  7. Tabur sedikit lada hitam dan daun sup.
  8. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus, biarkan ikan masak dalam masa sekejap ikan boleh masak.

10. Resepi Ikan Singgang Kelantan

Masakan ini sesuai sangat untuk anda yang sibuk tidak punya banyak masa berlama-lama di dapur. Mari cubakan masak ikan singgang Kelantan dengan resepi yang dikongsikan oleh Ismi Fiza Kamijo di laman Facebook. Selamat mencuba dan kongsikan hidangan anda kepada jirat dan kerabat.

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan tongkol,
  • 3 keping asam keping,
  • 5 ulas bawang putih diketuk,
  • 2 inci lengkuas juga diketuk,
  • 5 biji cili padi,
  • Sedikit kunyit,
  • Gula merah,
  • Garam dan gula putih.

Cara-cara :

  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk.
  2. Tunggu sehingga masak.
  3. Siap dan tutup api.

11. Resepi Ikan Kembung Berlada

Resepi mudah yang boleh dicubakan oleh suri rumah. Ikan kembung digoreng kemudian digaul sambal, sedap dimakan bersama nasi putih. Gandingkan dengan sayur dan ulam, makin sedap makan. Jom kita lihat resepi sedap yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook.

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 5-6 ekor ikan kembung (dgoreng dulu),
  • 1 senduk besar cili kisar,
  • 10 biji cili padi hijau (kisar),
    3 biji cili merah hidup (kisar),
  • 2 labu bawang merah besar (kisar),
  • 4 ulas bawang putih (kisar),
  • 1-2 batang serai diketuk,
  • Asam keping,
  • Gula dan garam secukup rasa,
  • ½ cawan air.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang sampai kekuningan dan naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar; cili padi, cili merah dan cili kisar. Tumis sampai sambal pecah minyak.
  3. Masukkan serai dan asam keping. Tumis lagi sampai mesra.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. (Tambah air jika perlu sahaja, itu pun kalau sambal terlalu pekat).
  5. Masukkan bawang hiris.
  6. Masukkan ikan goreng.
  7. Siap.

12. Resepi Ikan Dori Sweet Sour

Ikan dori yang telah digoreng garing ini kemudian dihidangkan dengan sos sweet sour yang disiramkan ke atasnya. Merangsang rasanya ikan dori sweet sour berkuah masam manis. Anda patut cuba resepi dori sweet sour yang dikongsikan oleh Ana Azly di laman Facebook.

ikan dori

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 400 gram isi ikan dori, bersihkan, potong saiz kecil dan keringkan.
  • 1 biji putih telur, pukul sedikit dengan garpu.
  • Tepung jagung secukupnya untuk balut ikan yang sudah dicelup telur.
  • Minyak goreng secukupnya.

Cara-Cara Goreng Ikan :

  1. Ikan yang sudah kering tadi dicelup dalam putih telur.
  2. Kemudian golek ikan dalam tepung jagung.
  3. Goreng ikan dalam minyak panas, ikan harus sampai tenggelam.
  4. Goreng hingga ikan garing dan rangup. Ketepikan.

Bahan Untuk Sos Sweet Sour :

  • 2 biji bawang putih, cincang.
  • 1 biji bawang Holland, potong dadu.
  • ½ biji lada benggala hijau, potong dadu.
  • 1 biji tomato potong dadu.
  • 10 ketul nenas dadu.
  • 3 sudu makan tomato sos.
  • 2 sudu makan sweet chilli sos.
  • 2 sudu makan plum sos.
  • 1 sudu makan lemon jus.
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis.

Cara-Cara Buat Sos :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang besar dan lada benggala yang dipotong dadu tadi, digoreng hingga layu
  3. Masukkan semua sos, sos tomato, plum sos dan sweet chilli sos. Masak sekejap kemudian masukkan tomato. Masak hingga mendidih sekejap.
    Masukkan lemon jus, Kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan nenas dan ikan yang sudah digoreng awal-awal tadi.
  5. Kacau rata hingga ikan bersalut semua sos. Kalau ingin berkuah boleh tambah air sedikit.
  6. Siap. Boleh tutup api.

13. Resepi Ikan Selar Goreng Sambal Cili Pedas

Effinorlianawati Rosdzali berkongsikan resepi ikan selar masak sambal cili padi di Facebook. Sedap baunya sampai pada jiran sebelah rumah.

ikan selar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang merah,
  • Belacan,
  • Bawang putih,
  • Cili padi,
  • Gula.

Cara-cara :

  1. Tumbuk semua bahan.
  2. Masak bahan sampai garing. Perasakan pedas dan manisnya.
  3. Gaul ikan selar yang kecil-kecil dengan serbuk kunyit dan garam.
  4. Gaul ikan yang siap digoreng dengan sambal cili padi pedas.
  5. Siap.

14. Resepi Ikan Pari Bakar Bersambal

Ikan pari bakar menggunakan pes sambal yang power ala Marina Ismail yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Resepi sambal yang menjadikan ikan pari bakar ini sekelas restoran mahal. Makan pula dengan sambal kicap cili api dan nasi panas. Pergh pengsan saking sedapnya. Berpeluh-peluh!

ikan pari bakar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 potong isi ikan pari sederhana besar dilumur garam,
  • 4 biji bawang merah dikisar,
  • 3 biji bawang putih dikisar,
  • ½ inci lengkuas,
  • 3 batang serai dikisar,
  • 3 sudu besar cili kering kisar,
  • Sedikit air asam jawa,
  • Gula melaka,
  • Garam bukit,
  • 4 helai daun limau purut dihiris halus,
  • Daun pisang atau daun kunyit.

Cara-cara :

  1. Bersihkan ikan pari dengan limau nipis dan garam. Perapkan sekejap untuk bagi hilang hanyir.
  2. Blend cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan air asam jawa.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi sampai naik minyak.
  4. Gaul rata, masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
  5. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  6. Alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit di atas aluminium foil. Letak ikan kemudian letak sambal ke atas dan seluruh ikan.
  7. Akhir sekali tabur daun limau purut yang dihiris halus.
  8. Kemudian bakar ikan sampai masak. Boleh bakar menggunakan magic pan, senang dan cepat. Masak lebih kurang dalam 30 minit dalam magic pan.
  9. Siap, sedia untuk dihidangkan.

15. Resepi Ikan Kukus Sambal Thai

Mieza Azlan di laman Facebook berkongsikan resepinya, tidak hanya ikan kukus sahaja namun ia juga berkongsikan resepi sambal Thai yang dimakan bersama ikan kukus. Mesti anda tertunggu resepinya, selamat mencuba.

ikan kukus

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan siakap lumur dengan garam kemudian kukus sampai masak.
  • Bawang merah, halia, bawang putih dicincang halus.
  • Daun limau purut, cili dan bunga kantan. (cili dan bunga kantan dihiris halus).
  • 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos cili, 1 sudu cili kisar, 1sudu kicap manis dan sedikit sos ikan.
  • Air perahan limau.

Cara-cara :

  1. Tumis cili kisar hingga masak.
  2. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkn sos cili, tomato, tiram, kicap manis dan sos ikan. Kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan bunga kantan, cili daun limau purut.
  5. Bubuh perasa dan masukkan air kukus ikan tadi dengan air perahan limau.
  6. Jika sambal sudah siap, siram ke atas ikan.
  7. Sedia dihidangkan.

16. Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

siakap tiga rasa

Imej via Facebook

Manis, pedas dan masam menjadi satu. Lagi kalau ikan yang digunakan ialah ikan siakap yang memang terkenal paling sedap dimasak tiga rasa. Resepi ikan siakap tiga rasa daripada ‎Afy AL Habibi‎ di laman Facebook ini antara yang mendapat perkongsian ramai kerana ia menggunakan resepi yang sedikit berbeza berbanding resepi lain.

Bahan tumbuk :

  • 2 hiris halia,
  • 3 ulas bawang putih,
  • ½ sudu kecil garam,

Bahan potong :

  • ½ biji bawang merah- dadu,
  • ½ biji bawang Holland- dadu,
  • 2 ulas bawang putih – dadu,
  • 2 helai daun limau purut,
  • 2 hiris halia- hiris memanjang,
  • 3 tangkai cili padi merah,
  • 1 tangkai cili besar hijau,
  • 1 batang serai- hiris serong,
  • 1 hiris nanas- hiris dadu.

Bahan kisar :

  • ½ biji bawang merah,
    ¼ biji bawang Holland,
  • 1 ulas bawang putih,
  • ¼ sudu kecil ketumbar dan jintan putih,
  • 2 hiris nipis serai,
  • ¼ hiris nipis halia.

Bahan lain :

  • ¾ sudu besar tepung jagung,
  • Minyak,
  • Daun salad.
  • 1 ½ senduk cili kering kisar,
  • 1 senduk cili sos Life.
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • ¾ cawan air asam jawa (secubit asam jawa + ¾ cawan air).
  • 1 ¾ sudu besar gula,
  • ¾ sudu kecil garam,
  • ½ sudu besar perencah Hilal.

Cara-cara :

  1. Mula-mula perap ikan setengah jam dengan bahan tumbuk. Belah ikan ala ‘fillet’ atau ikut suka.
  2. Selepas diperap, tabur rata tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.
  3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak. Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian. Terus letak di atas daun salad yang telah dihias.
  4. Sementara itu, goreng kesemua bahan potong kecuali cili dan nenas.
  5. Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  6. Masukkan cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
  7. Tambahkan 1 senduk cili sos Life.
  8. Masukkan juga 1 sudu besar sos tiram.
  9. Masukkan air asam jawa. Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
  10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
  11. Akhirnya masukkan potongan nenas.
  12. Masukkan juga sedikit cili potong.
  13. Tutup api. Siap. Kuah sedia untuk dicurahkan di atas badan ikan.
  14. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.

17. Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap

ikan masak kicap

Imej via Facebook

Cara sama macam ayam masak kicap namun kali ini kita menggunakan ikan cencaru. Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook berkongsikan resepi ikan cencaru masak kicap mudah dan sedap.

Bahan-bahan :

  • 4 ekor ikan cencaru (lumur kunyit dan garam),
  • Cili kisar (1senduk),
  • Bawang putih/merah/halia (kisar),
  • Kayu manis, bunga lawang,
  • Bawang merah hiris bulat,
  • Cili merah (hiris dan potong),
  • Kicap manis,
  • Sos cili,
  • Sos tomato,
  • Sos tiram,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan.
  2. Masukkan bunga lawing dan kayu manis.
  3. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan semua jenis sos (jika pekat tambah air sedikit).
  5. Tumis lagi baru masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan bawang hiris dan cili merah. Kacau sekejap baru masukkan ikan. Gaul rata
  7. Tutup api, siap.

18. Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka

tenggiri masak cuka

Imej via Facebook

Norizah Saad berkongsikan resepi ikan tenggiri masak cuka. Sesetengah orang panggil masak cuka ini dengan jeruk ikan. Masakan ini boleh tahan untuk satu hari. Masak hari ini esok masih boleh makan lagi. Mahu hidangan ikan yang sedap? Sila cuba ikan tenggiri masak cuka ini.

Bahan-bahan :

  • 2-3 ketul isi ikan,
  • 10 ulas bawang kecil (pilih ulas yang halus),
  • 5 ulas bawang putih,
  • 6 biji cili padi,
  • 1 camca biji sawi,
  • Sedikit halia,
  • 2 camca cuka makan,
  • Garam dan gula secukup rasa,
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Ikan digaul terlebih dahulu dengan sedikit kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng ikan tapi jangan garing sangat.
  3. Ambil periuk dan bubuh sedikit minyak. Bila minyak panas terus tumis biji sawi.
  4. Lalu masukkan bawang kecil dan bawang putih.
  5. Masukkan ½ cawan air.
  6. Masukkan cuka. Garam, gula dan cili padi.
  7. Biar sekejap dan angkat.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

19. Resepi Ikan Masak Taucu

ikan masak taucu

Imej via Facebook

Pernahkan anda makan taucu? Taucu ialah sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam. Taucu sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Taucu tidaklah pedas. Bahkan kanak-kanak boleh makan ikan masak taucu ini. Mari tengok resepi ikan taucu yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy di laman Facebook.

Bahan – bahan :

  • Kicap manis,
  • Kicap pedas,
  • Taucu,
  • Ikan bawal 2 ekor,
  • 3 ulas bawang besar,
  • 2 biji cili merah,
  • 1 biji tomato,
  • 3 biji cili padi.

Cara-cara :

  1. Mula-mula, lumur ikan bawal dengan sedikit serbuk kunyit, garam dan lada.
  2. Kemudian ikan digoreng sampai garing.
  3. Lalu tumis bawang besar, cili merah, cili padi dan tomato. Tumis jangan sampai terlampau layu.
  4. Jika sudah sedikit layu, masukkan taucu dalam 3 sudu makan dan gaul sebati.
  5. Kemudian masukkan kicap pedas dalam 3 sudu makan. Kalau mahu pedas boleh tambah kicap pedas. Tapi jangan tambah banyak sangat takut nanti hilang rasa taucu. Kalau mahu tambah cili padi pun boleh, kena tumis cili padi sampai hilang bau.
  6. Kicap manis dalam 5@6 kali renjis atau mengikut kuantiti yang diperlukan ikut tekak masing-masing.
  7. Gaul sebati kesemua bahan. Boleh tambah air kalau mahu kuah lebih sedikit.
  8. Tunggu sampai kuah pekat sedikit.
  9. Masukkan ikan bawal yang digoreng tadi.
  10. Gaulkan bersama kuah kicap taucu tadi. Gaul dengan cermat jangan sampai ikan hancur. Kekalkan bentuk ikan itu.
  11. Jika sudah siap. Boleh tabur daun ketumbar dan daun bawang, makan dengan nasi putih. Selamat mencuba.

Nota :

  • Tidak perlu tambah garam atau aji kerana taucu dan kicap sudah ada perasa.
  • Gunakan kicap Enaq kerana kicap ini memang lain dari yang lain, tidak perlu masukkan garam dan gula sekalipun.
  • Original resepi ada halia dihiris. Namun dalam resepi ini tidak menggunakan halia.

20. Resepi Ikan Keli Berlada

ikan keli berlada

Imej via Facebook

Ramai orang malas menggoreng ikan keli sebab ianya meletup. Macam orang perang pula di dapur, perang dengan ikan rupanya. Tapi masalah ini boleh diatasi dengan tips menggoreng yang kami kongsikan di bawah ini. Juga disediakan resepi ikan keli berlada yang sedap daripada Zur Ain Salim‎ di laman Facebook. Selepas ini mesti jadi berani menggoreng ikan keli. Konfirm tidak akan meletup lagi.

Bahan-bahan :

  • Halia*
  • Kunyit*
  • Serai*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lada besar*
  • Lada kecik*
  • Gula,
  • Garam,
  • Tepung gandum,
  • Tepung jagung.

Bahan yang bertanda * ditumbuk atau blender kering.

Cara-cara :

  1. Mula-mula basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum.
  2. Cuci sental-sental sampai lendir ikan hilang.
  3. Jika sudah siap sental-sental ikan, teruskan gaul ikan keli dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Gaul rata.
  4. Sambil gaul-gaul ikan, panaskan minyak.
  5. Jika sudah panas, letak 2/3 potong halia, tidak perlu buang kulit halia.
  6. Goreng ikan keli. Ketepikan ikan yang siap goreng.
  7. Berikutnya tumis bahan yang ditumbuk/diblender.
  8. Seterusnya masukkan garam dan gula.
  9. Gaul sampai agak kering/pecah minyak baru masukkan ikan yang digoreng tadi.
  10. Teruskan gaul rata.
  11. Tutup api dan siap.

21. Resepi Ikan Siakap Masak Pedas

ikan siakap masak pedas Imej via Facebook

Jom cuba resepi ikan siakap pedas ini. Bangkit selera makan, pedasnya mampu buat mandi peluh. Resepi sedap mampu melelehkan air liur dikongsikan oleh MadamCt Suratman di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Ikan siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing),
  • 1 biji tomato,
  • 1-2 batang serai,
  • 1 biji bawang Holland @ bawang besar,
  • 3 biji bawang putih,
  • 1 inch halia,
  • 5-7biji cili api (terpulang mahu berapa bergantung pada tahap kepedasan yang anda mahu),
    Bahan di atas diracik halus.
  • 1 sudu besar sos tomato,
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • 1 sudu besar sos ikan,
  • ½ sudu besar kicap cair,
  • ½ sudu besar kicap pekat@kicap ABC,
  • Sedikit cuka,
  • Daun limau purut 2 helai.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan yang diracik halus kemudian masukkan bahan-bahan sos.
  2. Letakkan sedikit air kalau suka berkuah.
  3. Tunggu kuah pekat sedikit, baru rasa. Kalau kurang masin or manis boleh letak gula dan garam.
  4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng.
  5. Siap.

22. Resepi Ikan Bilis Rangup Kering

ikan bilis pedas

Imej via Facebook

Masak ikan bilis sangat senang, resepi bilis masak pedas yang dikongsikan oleh Bunga Tanjung di Facebook sangat mudah. Di mana ikan bilis dan bahan-bahannya digoreng hingga rangup kemudian dihancurkan.

Bahan-bahan :

  • 3 labu bawang besar dimayang dan digoreng
  • 2 cekak cili kering buang biji dan digoreng
  • 2 cekak ikan bilis digoreng
  • Garam dan gula terpulang citarasa

Cara Memasak :

  1. Mesin kering (grind) cili kering yang sudah digoreng bersama garam dan gula (rasa sikit dan adjust garam dan gula secukup rasa).
  2. Masukkan bawang goreng dan ikan bilis. Grind sekejap-sekejap supaya tak hancur sangat.
  3. Masukkan dalam bekas dan tutup rapat bila sudah betul-betul sejuk.

Note :

  1. Ikan bilis dan bawang biarkan sejuk dahulu baru blend skali dengan cili kering untuk rahsia kekal rangup.
  2. Ikan bilis klu tak mau hancur boleh tumbuk bagi pecah sikit-sikit dan gaul sebati.

23. Resepi Kari Kepala Ikan

Imej via Facebook

Kalau daging ikan lembut, tidak bau hanyir dan kuah kari pekat, makin terliur dibuatnya ingin makan kepala ikan. Tanpa tunggu lama, mari tengok resepi kari kepala ikan yang dikongsikan oleh Mas Aura‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • Kepala ikan merah dibersihkan dan dibelah dua,
  • Bawang besar**,
  • Bawang putih**,
  • ½ inci halia**,
  • 3 sudu rempah kari ikan,
  • Bahan bertanda** kisar sekali,

Bahan-bahan tumis :

  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus,
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi),
  • 2 tangkai daun kari,

Bahan-bahan Lain :

  • Air asam jawa,
  • 3 biji tomato dibelah dua,
  • Bendi,
  • Terung panjang atau terung bulat,
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka),
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua.

Cara-cara :

  1. Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan ½ cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan tumis hingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air asam jawa (kurang lebih 700 ml atau ikut suka), masukan bendi dan terung dan kacau. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  5. Bila mendidih, masukkan tomato dan belahan cili hijau dan merah.
  6. Biar mendidih seminit dua dan siap.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

24. Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Imej via Facebook

Mana lagi sedap antara asam pedas letak asam keping atau asam jawa? Apapun itu terpulang kepada kesukaan masing-masing. Namun resepi yang dikongsikan oleh Shuhaidah Ibrahim‎‎ di laman Facebook ini menggunakan asam jawa.

Bahan-bahan :

  • 2 ulas bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 2 cm halia,
  • Sedikit belacan,
    *Blend kesemua bahan di atas.
  • 6 ekor ikan kembung (disiang dan basuh bersih),
  • 1 mangkuk cili kering kisar,
  • 2 batang serai dititik,
  • Daun kesum dan bunga kantan,
  • Bendi,
  • Air asam jawa secukupnya,
  • Garam dan gula,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kering, tumis hingga garing dan pecah minyak. (Masa ini cili akan merecik-merecik, maka kena hati-hati tutup dengan tudung periuk).
  3. Jika sudah garing, masukkan air asam jawa. Renehkan sekejap.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  5. Masukkan ikan dan masukkan air sedikit. Kacau-kacau sedikit.
  6. Masukkan bendi.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih.
  8. Tutup api. Siap.

Nota : Kuah kalau cair sangat tidak sedap. Kuantiti asam jawa terpulang anda, jangan masam sangat.

25. Resepi Serunding Ikan

serunding ikan

Imej via Facebook

Mencari resepi serunding ikan untuk buat inti popia simpul atau karipap mini? Kami ada resepinya. Resepi didatangkan daripada Husna Anisa‎ di laman Facebook. Yang menarik daripada resepi ini ialah cik Husna menggunakan periuk nasi untuk keringkan air. Idea yang bagus bukan? Senang, tidak perlu risau serunding berkerak atau hangit dan boleh buat kerja lain pula sambil tunggu kering.

Bahan-bahan :

  • 2 kilo ikan kerisi,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 4 batang serai,
  • 2 inci lengkuas,
  • 2 ketul gula kabung,
  • 1 sudu garam,
  • Segenggam cili kering ,
  • 4 biji bawang besar,
  • Cili (pedas ikut selera).

Cara-cara :

  1. Mula-mula rebus ikan.
  2. Asingkan tulang ikan kemudian tumbuk jangan lumat sangat.
  3. Kemudian blend cili kering, serai, lengkuas dan bawang.
  4. Campur semua bahan dan gaul sebati.
  5. Masukkan dalam periuk nasi, masak macam biasa. Kacau sekali sekala.
  6. Bila air sudah kering air, masukkan dalam kuali.
  7. Kacau sampai betul-betul kering.
  8. Siap.

Resepi Lain

Selain resepi ikan, ada lagi koleksi masakkan menarik yang boleh anda cuba. Semuanya menarik.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.