Mencari resepi ibu berpantang? Nah kami kongsikan makanan orang berpantang yang sedap.

Banyak yang harus diambil berat oleh ibu yang baru melahirkan. Terutamanya pasal berpantang. Para ibu harus tahu antara makanan dan minuman yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk dimakan.

Makanan bergoreng harus dielakkan sampai pada minggu kedua berpantang. Sedangkan makanan yang dianjurkan ialah antara makanan rebus, bakar dan sup sahaja. Minuman yang disyorkan pula antaranya ialah jus oren manis yang bagus untuk luka.

Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal dan wajib pantang sampai 1 tahun buat ibu yang bersalin caesar.

Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam porsi sederhana. Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber.

Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Malah jika kalau ibu kurang minum air, anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjajas.

Untuk memudahkan ibu memilih resepi, maka kami hadirkan 10 resepi berpantang yang patut cuba. Resepi dikreditkan kepada Tengku Wdec di laman Facebook. Resepi harus dicuba terlebih dahulu. Apakah sesuai atau tidaknya dengan badan. Sebab kadang ada yang sesuai ada yang tidak. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Tenggiri Lada Hitam Kukus

Imej via Facebook

Resepi berpantang pertama ialah ikan tenggiri lada hitam kukus. Ini merupakan antara resepi yang disukai para ibu yang berpantang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • 3-4 ketul isi ikan tenggiri,
  • 1 biji bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 3 cm halia,
  • Sedikit serbuk lada hitam,
  • 1 sudu kecil sos tiram,
  • Sedikit jus lemon,
    Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bersihkan isi ikan,
  2. Kemudian mayang semua bawang, halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai.
  3. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan.
  4. Masukkan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam.
  5. Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak.
    * Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan akan mengeluarkan jus.

Resepi Ikan Bawal/Siakap Kukus Halia

ikan bawal siakap kukus

Imej via Facebook

Seterusnya masih resepi ikan yang mesti disukai oleh ibu berpantang ialah resepi ikan bawal. Pada resepi ini ilan bawal dikukus dengan halia. Aroma dan khasiat halia sangat sedap dan sesuai untuk berpantang.

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan),
  • 6 ulas bawang putih (dihiris halus),
  • 2 inci halia (dihiris halus),
  • 2-3 biji limau nipis (ambil jusnya),
  • 1 sudu makan sos ikan,
  • Sedikit air,
  • Garam,
  • Hirisan daun sup,
  • 3-4 biji cili api (dihiris/diketuk).

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. jarangkan airnya.
  2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
  3. Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga ½ masak.
  4. Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
  5. Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

Resepi Sup Ikan Merah

sup ikan merah

Imej via Facebook

Ikan merah selain biasanya dijadikan kari namun pada resepi berpantang ini pula ikan merah dimasak sup. Rasanya sedap dan cara membuatnya pula cukup simple.

Bahan-Bahan :

  • Ikan merah,
  • 4 ulas bawang merah,
  • 2 ulas bawang putih,
  • Sedikit halia,
  • Kayu manis, bunga lawang dan pelaga,
  • Lada hitam biji – tumbuk,
  • Sup bunjut ikan Adabi.

Cara-cara :

  1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
  2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
  3. Terus masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Resepi Ayam Panggang Selera Pantang

ayam panggang selera pantang

Imej via Facebook

Kali ini ialah resepi ayam panggang yang sesuai dengan selera berpantang pula. Macam mana agak-agaknya resepi ayam panggang selera berpantang ini? Mari tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 500 gm ayam,
  • ½ cawan air,
  • 1 batang serai (diketuk),
  • 1 sudu kecil jintan manis,
  • 1 ½ sudu kecil jintan putih,
  • Air asam jawa secukupnya,
  • Garam secukup rasa,
  • Minyak masak.

Bahan-bahan Kisar :

  • 20 gm halia,
  • 10 gm kunyit hidup,
  • 10 gm lengkuas,
  • 4 biji bawang merah,
  • 2 ulas bawang putih.

Cara-cara :

  1. Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
  2. Panggang sehingga masak.
  3. Panaskan sedikit minyak.
  4. Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
  5. Masukkan serai, jintan manis, jintan putih, air asam jawa dan garam.
  6. Tambah air dan biarkan mendidih. Curahkan ke atas ayam tadi.

Resepi Ikan Haruan Masak Lada Hitam

ikan haruan masak lada hitam

Imej via Facebook

Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam. Namun, bagi ibu bersalin secara pembedahan elakkan pengambilan ikan haruan 3 minggu pertama pantang. Bagi mengelakkan luka bercantum mengejut. Amalkan buah sunkist manis sudah mencukupi. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.

Bahan-Bahan :

  • Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.
  • 1 inci halia dihiris nipis,
  • 3 ulas bawang kecil dimayang,
  • 2 ulas bawang putih diketuk,
  • 1 keping asam keeping,
  • 1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar,
  • Air,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan.
  2. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api.
  3. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra.
  4. Perasakan dengan garam dan hidangkan.

Resepi Sup Sayur Campur

sup sayur campur

Imej via Facebook

Sayur sudah semestinya sihat untuk ibu yang berpantang. Namun begitu, ada resepi memasak sayur yang sesuai untuk ibuk berpantang, seperti resepi sayur campur brokolo dengan lobak seperti di bawah ini.

Bahan-Bahan :

  • 500 ml air,
  • Minyak masak,
  • Serbuk pati ikan bilis secukupnya,
  • Garam secukup rasa,
  • Perencah sup sayur Adabi.

Bahan-bahan Dipotong :

  • 200 gm brokoli,
  • 1 biji lobak merah,
  • ½ biji lobak putih,
  • ½ batang saderi,
  • 3 helai daun kubis.

Bahan-bahan Dihiris :

  • 2 biji bawang merah,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 sudu kecil lada hitam,
  • ½ sudu kecil jintan putih.

Cara-cara :

  1. Didihkan air dalam periuk secukupnya bersama sayur-sayuran.
  2. Masukkan bahan hiris, lada hitam dan jintan putih.
  3. Masukkan serbuk pati ikan bilis dan perencah sup sayur adabi.
  4. Bila sayur empuk, masukkan garam.
  5. Kacau rata sebelum diangkat.

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

ikan tenggiri masak asam

Imej via Facebook

Berikutnya ialah resepi berpantang dengan ikan tenggiri. Ikan tenggiri masak asam tentunya akan menjadi pilihan utama untuk ibu yang berpantang. Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.

Bahan-bahan :

  • 500 ml air,
  • 3 ketul ikan tenggiri,
  • ½ cawan air asam jawa,
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam,
  • Garam secukup rasa.

Bahan-bahan Yang Dihiris :

  • 30 gm halia,
  • 3 biji bawang merah.

Cara-cara :

  1. Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
  2. Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
  3. Kacau rata sebelum dihidangkan.

Resepi Singgang Ikan Tenggiri

singgan tenggiri

Imej via Facebook

Hidangan singgang rendah kalori dan menjadi antara menu hidangan untuk ibu yang berpantang. Sedap dimakan dengan nasi agak lembut dan masih panas. Bagaimana pula resepi singang ikan tenggiri untuk ibu yang berpantang? Mari tengok resepinya.

Bahan-bahan :

  • Ikan tenggiri 3 keping besar,
  • 3 ulas bawang putih – dimayang,
  • 7 ulas cili api,
  • 2 cm lengkuas – dihiris nipis,
  • 2 cm kunyit hidup – dihiris nipis,
  • 3 keping asam gelugur,
  • 4 cawan air,
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  3. Masakkan hingga kuah mendidih.
  4. Sedia untuk dihidang.

Resepi Sup Ayam Berempah / Sup Daging Berempah

sup ayam berempah

Imej via Facebook

Sup merupakan antara makanan yang dihanjurkan untuk ibu berpantang. Sup tidak memiliki kalori yang tinggi. Sesuai untuk ibu yang berpantang.

Bahan-bahan :

  • 2 ketul ayam,
  • Sekeping halia dihiris,
  • 2 ulas bawang putih dihiris,
  • 2 ulas bawang kecil dihiris,
  • Sebatang kulit kayu manis,
  • 4 biji buah pelage,
  • 4 kuntum bunga cengkih,
  • Sekuntum bunga lawing,
    Sesudu teh lada hitam ditumbuk,
  • Sesudu teh biji ketumbar,
  • Sedikit lobak merah didadu,
  • Hirisan daun bawang dan daun sup,
  • Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air,
  • Air,
  • Garam,
  • Sup bunjut Adabi.

Cara-cara :

  1. Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi.
  2. Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika.
  4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Biarkan air mendidih.
  5. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk.
  6. Perasakan dengan lada hitam dan garam.
  7. Masukkan daun sup dan daun bawang.
  8. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.

Resepi Sup Lobak Putih

sup lobak putih

Imej via Facebook

Sup lobak putih antara hidangan berpantang yang sangat mudah untuk disediakan. Selain itu ianya juga dikatakan berkhasiat untuk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan air susu bagi ibu-ibu yang menyusui.

Bahan-bahan :

  • ½ ekor rangka ayam,
  • 1 batang lobak putih,
  • 2 ulas bawang merah,
  • 2 ulas bawang putih,
  • ½ inci halia,
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam,
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
  3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
  4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
  7. Boleh dihias dengan daun bawang, daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi berpantang , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.