Dengan modal hanya RM 9 boleh makan dumpling soup berpinggan-pinggan. Satu keluarga boleh makan sampai perut meletup. Lagi kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Wany Lifa di laman Facebook, konfirm akan ketagih.

Kami kongsikan resepi sup dumpling yang dijamin halal dan bersih. Modal utama membuat dumpling ialah kena rajin dan sabar kerana anda harus menyediakan inti, mengelim kulit dumpling, walaupun beli yang segera tapi kena pandai dan sabar kelim. Juga harus buat kuah sup yang sesuai dimakan dengan dumpling macam kedai cina muslim punya.

Demi dapat puaskan tekak mestilah boleh. Tambahkan cili sambal konfirm sedap konfirm pengsan. Tidak sabarnya ingin cuba resepi ini. Jangan tak cuba resepi yang dapat perkongsian ramai di Facebook ini.

Resepi Dumpling Soup Homemade Halal

Imej via Facebook

Bahan Inti Dumpling :

  • Isi ayam 300g (fillet dicincang),
  • Carrot (setengah batang sagat),
  • Bawang besar (1 biji cincang halus),
  • Bawang putih (4 ulas cincang halus),
  • Daun sup dan daun bawang (potong halus),
  • Serbuk lada sulah (2 sudu),
  • Minyak bijan (3 sudu),
  • Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu),
  • Garam dan gula (1 sudu kecil),
  • Dumpling pastry (Instant).

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry.
  2. Gaul sebati dan perap sekejap 10 minit.
  3. Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastry ikut kreativiti.
  4. Kalau tidak ada mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum boleh susun dumpling di atas pinggan dan letak dalam pengukus. Kalau terus letak atas pengukus nanti melekat.
  5. Kukus dumpling selama 10 minit.

    Imej via Facebook

Bahan Sup Dumpling :

  • Bawang putih (6 ulas ketuk dan cincang),
  • Halia (1 inci ketuk dan cincang),
  • Minyak bijan (1 sudu kecil),
  • Serbuk lada sulah sikit,
  • Kiub ayam maggi (separa kiub),
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.
  2. Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
  3. Masuk bahan-bahan lain sampai mendidih.
  4. Letak dumpling yang sudah siap kukus tadi dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
  5. Lalu tabur sedikit daun bawang.
  6. Akhir sekali buat sos pakai sos thai campur sedikit dengan daun ketumbar yang dicincang halus.
  7. Gaul sebati baru boleh makan dengan sup.

Resepi Menarik Lain

Selain sup dumpling, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.