Kali ini kami akan berkongsikan resepi creamy butter cheese prawn. Mendengar namanya saja sudah sangat menggiurkan bukan? Ya, bukan hanya nama dan gambar saja tampak menggoda namun rasanya juga sangat teramat menarik dan lazat.

Kelazatan udang butter resepi daripada ‎Azlan Syazani Adanan‎ di laman Facebook ini sangat terkenal kerana ia menggunakan creamy cheese yang berlemak. Kesedapan udang butter ini sangat menjilat jari.

Yang paling menarik daripada resepi ini ialah sarang telur yang ditabur meraup di atas udang butter. Banyak yang tertanya-tanya cara membuat sarang yang rangup tersebut. Maka dalam resepi ini akan kami kupas semua rahsia memasak udang butter yang viral ini.

Tanpa membuat anda tertunggu-tunggu, sila baca resepi perkongsian ramai di bawah ini. Jadikan hidangan untuk makan petang. Konfirm siapapun yang makan suka dan mahu lagi.

Resepi Udang Butter Creamy Cheese

udang butter

Imej via Facebook

Bahan Udang :

  • 15-20 ekor udang (saiz sederhana @ besar),
  • Tepung ayam goreng Bestari @ tepung jagung.

Cara Memasak Udang :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Lumurkan udang dengan tepung.
  3. Goreng sekejap sahaja dan jangan sampai udang kecut.

Bahan Kuah Creamy Cheese :

  • 5 ulas bawang putih (cincang halus),
  • 3 tangkai daun kari,
  • 5 biji cili padi dipotong dadu,
  • 1 biji kiub ayam,
  • 1 sudu teh serbuk kari daging,
  • 1 biji bawang Holland (dadu),
  • Garam,
  • Butter,
  • Susu segar @ susu cair (ikut mahu kuah berapa banyak),
  • Tepung jagung @ tepung beras (untuk pekatkan kuah),
  • Serbuk perasa,
  • 100 gram cream cheese (lagi banyak lagi berlemak. Guna cheesedale pun boleh di agak-agak saja).

Cara Membuat Kuah Creamy Cheese :

  1. Mula-mula masukkan butter ke dalam kuali.
  2. Kemudian tumis bawang putih, bawang Holland, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Lalu masukkan rempah kari dan kiub ayam.
  4. Teruskan tumis sehingga naik bau dan masukkan susu, garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali masukkan cream cheese, biarkan cheese cair dan masukkan bancuhan air tepung jagung @ beras.
  6. Biarkan kuah memekat sedikit barulah masukkan udang yang telah digoreng. Gaul sebati. Mahu lagi pedas boleh tambah bilangan cili padi.

Bahan Sarang :

  • Minyak masak,
  • Butter @ marjerin,
  • 3 biji telur kuning,
  • Sedikit susu segar @ susu cair,
  • 4 biji cili padi didadu,
  • 2 tangkai daun kari.

Cara Membuat Sarang :

  1. Pukul kuning telur dan letakkan sedikit susu.
  2. Letakkan sedikit serbuk perasa.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali beserta butter @ marjerin.
  4. Setelah panas, tuang adunan telur dari jarak yang tinggi supaya sarang lebih halus sambil kacau dengan laju. Jika mahu mudah boleh guna bekas sos @ roti jala yang banyak corong.
  5. Kacau dengan laju supaya sarang halus.
  6. Masak sehingga naik buih.
  7. Masukkan daun kari dan cili padi.
  8. Toskan dan boleh ditabur di atas udang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi udang butter creamy cheese, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.