Terdapat pelbagai versi kuih atau kek apam yang boleh dicuba dan sudah tentu rasanya sangat sedap dan memikat sesiapa sahaja terutamanya golongan kanak-kanak. Kanak-kanak sangat menggemari kuih apam umumnya mungkin kerana tesksturnya yang lembut dan warna yang memikat hati. Tambahan pula, rasa kuih apam ini memang sedap tidak diragui lagi.

Sebelum ini kami telah memaparkan beberapa resepi kuih apam yang menarik dalam pelbagai versi seperti apam pisang, apam oreo, apam susu, apam nasi dan apam gebu. Haaa banyak versi kan yang boleh anda cuba. Hanya siapkan bahan asasnya, dan anda sudah boleh mula mencipta resepi rekaan anda yang tersendiri.

Kali ini, kami akan paparkan resepi apam cheese oren sunquick pula. Sangat unik dan sangat respect kepada pencipta resepi ini yang sangat kreatif mencuba kepelbagaian resepi apam. Untuk anda yang ingin berniaga kuih apam, sangat elok untuk mencuba segala versi yang ada supaya nanti anda mampu untuk menjual apam yang digemari oleh pelanggan anda.

Jadi, resepi special apam cheese oren sunquick ini telah dikongsikan oleh saudari eiyjan aziean angah di Facebook. Apam yang dihasilkan sangat gebu dan cara penyediaan juga sangat mudah sama lebih kurang sama seperti apam versi lain cuma ditambah cheese dan oren sunquick. Haa buat yang pertama kali nak mencuba, baca betul-betul arahan penyediaannya ya. Pastikan menjadi! Selamat mencuba.  

Resepi Apam Cheese Oren Sunquick

Apam cheese oren sunquick
Image via Facebook

Bahan-bahan:


2biji telur gred B
1 cawan gula
1 sudu kecil overlete
3 sudu makan oren sunquict
3 sudu makan tatura cream cheese
1 cawan susu cair
2 cawan tepung naik sendiri
Sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

  • Pukul telur, gula, ovallete dan esen vanila sampai kembang dan putih.
  • Masukkan cream cheese dan mix sebati.
  • Masukkan susu cair dan sirap oren sunquick. Lepas tu, baru masukan tepung
  • Akhir sekali masukan pewarna.
  • Kukus 7@8 minit. Pastikan air kukusan mendidih dulu sebelum mengukus.

Selain resepi apam yang gebu gebas ni, ada banyak lagi resepi lain yang kami paparkan yang wajib anda cuba. Selamat mengasah kemahiran kulinari anda! Dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE sekali ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.