Tart nenas, biskut yang tidak pernah lekang oleh masa. Tart nenas selalu dicari untuk dihidangkan pada hari raya. Letak sebalang dua balang tart nenas untuk tetamu konfirm akan cepat habis.

Kalau selalunya anda beli tart nenas di kedai, apa kata tahun ini anda cuba buat sendiri. Resepi tart nenas gebu dan sedap akan kami berikan secara percuma kepada anda.

Buat sendiri tart nenas lebih puas dan berbaloi, boleh dapat berbalang-balang, boleh simpan stock sampai habis masa raya. Tanpa perlu tunggu masa raya pun, anda boleh saja buat tart nenas hari ini juga. Dijadikan camilan untuk seluruh ahli keluarga.

Tanpa buang masa, jom tengok resepi tart nenas yang dikongsikan oleh Suhaila Azhar di laman Facebook ini. Walaupun jem nenas boleh anda dapatkan di kedai kek, namun dalam resepi ini pula ada cara membuat jem nenas homemade. Selamat mencuba dan menikmati tart nenas anda.

Resepi Tart Nenas

tart nenas

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ketul buttercups 250 g (keluarkan awal untuk bagi lembut *
  • 1 sdb minyak sapi *
  • 1 sdb gula icing *
  • 2 biji kuning telur *
  • Pewarna kuning telur *
  • 3 1/2 cwn tepung gandum,
  • 2 sdb tepung kastard,
  • 2 sdb tepung jagung.

Cara Membuat :

1. Mula-mula gaul sebati bahan bertanda * guna senduk.
2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.
3. Uli kesemua bahan hingga tidak melekat di tangan. Kalau lembik, tambahkan tepung gandum sedikit.
4. Kemudian terapkan, letak inti dan glaze kuning telur. (Glaze = 2 kuning telur, 1sudu air dan beberapa tiris pewarna kuning, dikocak sebati dan sapu ke atas tart sebelum dibakar).

tart nenas

Imej via Facebook

5. Seterusnya bakar selama 30 minit pada suhu 180’C menggunakan api atas bawah/sehingga garing.

Cara Membuat Inti Nenas :

1. 3 biji nenas diblend/sagat dan sejat airnya.
2. Masak nenas dlm kuali hingga kering air
4. Kemudian masukkan 1/2 kg gula, 1 batang kayu manis, sedikit pewarna kuning telur.
5. Akhir sekali, kacau lagi hingga gula larut dan jem kental, jika sudah siap terus sejukkan dan simpan dalam peti supaya senang diguna bila jem sejuk.

Nota : Acuan untuk terap doh tart nenas.

tart nenas

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tart nenas, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.