Anda peminat shellout? Kalau ya, jom cuba resepi shellout ini.

Resepi ini dinamakan shellout kerana istilah makanan laut yang berkulit keras. Seperti kerang, udang, ketam, lala dan kupang yang terdapat dalam juadah ini.

Shellout mula popular dan viral sekitar tahun 2016 dan dengan cepat menjadi kegemaran ramai netizen.

Shellout juga amat sesuai untuk dimakan beramai – ramai terutamanya apabila adanya family gathering atau reunion bersama sahabat handai. Semestinya, apabila kita masak sendiri, rasanya lebih terjamin, kebersihannya lebih terjaga dan yang paling penting sekali, kosnya lebih murah bukan? Resepi ini juga sangat mudah dan enak. Selamat mencuba!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Merpati Putih dan telah mendapat perkongsian sebanyak 2 ribu di dalam laman Facebook.

Resepi Shellout

Shellout

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang holland setengah biji
  • Bawang merah 6 biji
  • Bawang putih 10 ulas
  • Halia 1 inci
  • Buttercup
  • Daun kari
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Rempah kari
  • Black pepper
  • Belacan (pilihan)
  • Cabai kering 5 tangkai
  • Udang kering
  • Kiub pati ayam
  • Lemon
  • Makanan laut pilihan anda.
Bahan kisar:
  • Bawang merah 6 biji
  • Bawang putih 10 ulas.
  • Cili kering 5 tangkai (gunting dan rendam rebus dulu)
  • Udang kering (sukatan mengikut jumlah makanan laut)

Kisar semua bahan.

Bahan tumis:

  • Butter
  • Bawang holland sebiji (dihiris)
  • Halia 1 inci – dihiris
  • Daun kari
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Kuib ikan bilis
  • Rempah kari
  • Gula secukup rasa
  • Lemon setengah cawan
  • Tumiskan kesemua bahan, masukkan bahan kisaran tadi,akhir sekali curahkan jus lemon. Sos telah siap.

    Shellout

    Image via Facebook

    Bahan perapan:

    • 10 ekor udang besar
    • 5 ekor ketam
    • 500 gram lala
    • 4 ekor sotong
    • Garam
    • Lada sulah
    • Serbuk kunyit

    Bahan hiasan:

    • Brokoli
    • Jagung

    Bahan – bahan ini hendaklah direbus empuk.

    Cara – cara:

    Bahan perapan:

    1. Perapkan dengan garam, lada sulah dan sedikit kunyit (pilihan).
    2. Pastikan basuh dahulu udang besar, ketam, lala dan sotong. Rebus satu persatu makanan laut pilihan anda.

    Tips: Masukkan seafood selepas air mengelegak, ini untuk memastikan makanan laut anda kekal segar dan manis.

    Selepas bahan perapan direbus:

    1. Masukkan makanan laut yang direbus tadi kedalam sos yang telah di buat awal.
    2. Gaul rata dan hiasi dengan brokoli dan jagung.
    3. Hidangkan di atas meja yang dilapik plastik dan sediakan juga semangkuk nasi sebagai hidangan utama. Siap, selamat mencuba!

    Resepi – resepi menarik yang anda boleh cuba:

    Selain daripada resepi shellout, terdapat lagi beberapa resepi lain yang anda boleh cuba untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan rakan. Jangan lupa untuk menekan butang like dan kongsikan bersama yang tersayang!

     

    Penulis: Nur Dini Abd Aziz

    Nur Dini Abd Aziz

    Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .