Sebelum ini pernah dikongsikan resepi nasi dagang Kelantan. Namun kerana ramai permintan resepi nasi dagang Terengganu, maka kali ini kami akan berkongsi resepi nasi dagang Terengganu pula.

Perbezaan nasi dagang Terengganu ialah ia diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. kemudian dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas yang berlainan dengan rempah kari biasa. Sedangkan nasi dagang Kelantan biasanya menggunakan beras dagang yang berwarna coklat.

Ikan yang digunakan untuk nasi dagang Terengganu biasanya ikan Aya Hitam @ ikan tongkol yang bersaiz besar dan dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan. Penyediaan nasi dagang Terengganu cukup mudah, di mana ia tidak memerlukan banyak lauk. Sesuai untuk mereka dalam perdagangan di mana masa adalah sangat berharga.

Selain dihidang untuk mereka dalam perdagangan, sebetulnya nasi dagang pun boleh anda buat di rumah untuk acara majlis rasmi mahupun kenduri. Untuk anda hidangkan bersama keluarga pun boleh. Sila cuba resepi perkongsian daripada Haninah Abd Rahman‎ di Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Dagang Terengganu

nasi dagang terengganu

Imej via Facebook

Bahan Gulai :

  • 4 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawag putih *
  • Sedikit halia dan lengkuas *
  • 1 kg ikan tongkol
  • 1 paket 25 gm rempah gulai nasi dagang terengganu
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu kecil kerisik (optional).
  • Beberapa cili padi.

Cara Memasak Gulai :

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Sekilo ikan tongkol direbus dengan asam keping, garam dan gula melaka.
  3. Mula-mula masak santas atas dapur. Kacau jangan berhenti sampai pecah minyak.
  4. Kemudian barulah masukkan bahan kisar serta rempah nasi dagang, sedikit serbuk kunyit dan cili boh.
  5. Boleh masukkan kerisik jika mahu.
  6. Setelah itu, masukkan ikan yang sudah direbus tadi bersama air rebusannya sekali.
  7. Perasakan dengan garam dan gula melaka secukup rasa.
  8. Dalam kuali lain, tumis cili boh dengan minyak. Tujuannya untuk dicurahkan atas kuah nanti supaya nampak merah dan berminyak. Kalau tak mahu pun tak apa.
  9. Curahkan minyak tumisan tadi atas kuah. Kemudian bolehlah ditaburkan beberapa cili padi.
  10. Kalau ada belimbing buluh pun boleh masuk, lagi sedap.

Bahan Nasi:

  • 4 pot beras wangi, atau
  • Nisbah 1 pot beras pulut campur 3 pot beras biasa.

Nota : Beras ini direndam semalaman.

  • Santan cair dan santan pekat. Agak-agak ikut berapa banyak nasi. Kalau setakat 4 pot cukup 1 cawan santan cair dengan setengah cawan santan pekat.
  • Hirisan bawang merah dan halia
  • Sedikit halba

Cara Memasak Nasi :

  1. Kukus beras wangi untuk kali pertama.
  2. Kemudian angkat dan curahkan santan cair.
  3. Kacau-kacau sampai santan diserap nasi.
  4. Kukus sekali lagi.
  5. Bila sudah lembut/masak boleh angkat dan gaul dengan santan pekat.
  6. Taburkan hirisan halia dan bawang merah serta halba.
  7. Boleh perasakan dengan garam jika suka.
  8. Hidangkan nasi dagang dengan kuah, acar dan sambal.
  9. Untuk sambal, cuma blend cili dengan gula, garam dan cuka.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi dagang Terengganu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.