Kalau terlebih rajin hari ini, boleh cuba buat resepi acar timun. Acar timun biasanya dihidangkan bersama dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi goreng, nasi ayam dan lain-lain.

Resepi membuat acar timun yang sedap ialah dengan menumis hingga betul-betul garing, jangan letak air tapi hanya cuka sahaja dan biar betul-betul pekat, sentiasa gaul bahan. Maka tahan juga acar timun itu agak lama.

Acar timun dan lobak merah yang rangup, dikongsikan oleh di Shima Maz laman Facebook. Patut anda cuba untuk dihidangkan sebagai menu melengkapi lauk anda. Dijamin keluarga anda suka. Makan acar timun yang segar dan rangup.

Yang teringin boleh cubakan resepi ini. Buat acar timun sedap dan kongsikan kepada rakan-rakan anda. Selamat mencuba.

Resepi Acar Timun Rangup

acar timun

Imej via Facebook

Bahan A :

  • Lobak (dibuang kulit dan potong memanjang macam lidi mancis).
  • Timun, tidak perlu dibuang kulitnya (dipotong beberapa bahagian kemudian bahagian yang dipotong dikerat kepada 4 bermakna tengahnya itu dibuang jangan digunakan, harap faham. Kemudian dipotong memanjang macam lidi mancis).
  • Bawang kecil dan bawang putih (dibuang kulitnya, biarkan sebiji-sebiji).
  • Cili merah dan hijau, dibelah jangan putus.
  • Halia dimayang (potong seperti lobak dan timun juga).
  • Secukup biji sawi.

Bahan B :

  • Cili kering yang telah direbus dan dicuci bersih,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Kunyit hidup.

Bahan C :

  • Cuka,
  • Gula,
  • Serbuk perasa (optional),
  • Garam jika perlu (jangan bubuh dulu sebab garam sudah digaul dengan bahan A tadi), jika perlu baru tambah.

Cara-cara Menyediakan :

  1. Kesemua bahan A digaul rata dengan garam secukup rasa.
  2. Dibiarkan sebentar, nanti air dari timun akan keluar dengan sendirinya. Toskan airnya.
  3. Kesemua bahan B dikisar halus.
  4. Tumis bahan B hingga betul-betul garing.
  5. Kemudin masukkan bahan C dan masak hingga pekat.
  6. Akhir sekali masukkan bahan A dan gaul rata.
  7. Tutup api. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi acar timun, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.