Hari ini kami bawakan resepi khas daripada Indonesia iaitu resepi Roti Sisir. Resepi ini amat mudah untuk disediakan memandangkan ianya menggunakan bahan yang amat ringkas dan senang untuk didapati.

Sekiranya anda ingin menarik minat anak anda untuk makan lebih banyak karbohidrat, menyediakan mereka hidangan yang lazat dan mengenyangkan dapat membantu anda. Hidangan yang seimbang dapat menyihatkan tubuh badan anak anda selain ianya juga dapat meningkatkan IQ anak anda. Jadi, sekiranya anda mahukan anak anda untuk berjaya dalam bidang mereka, hidangkanlah mereka dengan hidangan yang seimbang.

Selain itu, air tangan ibu juga amat istimewa, oleh itu kami bawakan resepi roti sisir ini untuk anda sendiri sediakan kepada anak anda. Moga resepi ini dapat memberi manfaat kepada anda dan seluruh keluarga anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh FazzRie YaRna dan telah mendapat perkongsian yang banyak di media sosial.

Resepi Roti Sisir

roti sisir
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 300 g tepung high protein
  • 60 g gula kastor
  • 10 g susu tepung
  • 5 g yis
  • 2 kuning telur + 40 g whipping cream emborg+susu segar (campurkan semua jadikan 215 gram). (boleh juga guna 1 biji telur dan jadikan 215 gram)
  • 30 g butter tanpa garam
  • 2 g garam

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan bahan cecair dulu baru bahan kering ke dalam breadmaker. Tekan no. 8 menu dough da tekan start.
  2. Apabila breadmaker berhenti, masukkan bowl yang berisi adunan ke dalam freezer selama 15 minit. Cukup 15 minit, uli sekali lagi dalam breadmaker.
  3. Kira 2 kali uli. Apabila sudah siap boleh bulat dan timbang dalam 40 gram.
  4. Ambil adunan yang dah dibulatkan, leper kan sedikit kemudian lipat macam buat karipap. Lipat dua dan susun dalam loyang.
  5. Biarkan adunan naik 2 kali ganda, kemudian boleh la dibakar.
  6. Panaskan oven terlebih dulu, bakar 170 ° selama 30 minit / sehingga masak ikut oven masing – masing.
  7. Apabila sudah masak, keluarkan roti sapu permukaan dengan butter.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang – alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .