Karipap merupakan salah satu kuih yang terkenal di Malaysia. Ianya menjadi kegemaran kepada semua lapisan masyarakat. Selalu sahaja kita membelinya di luar, tapi kalau tak bernasib baik, kita mungkin dapat karipap berinti bawang atau yang lagi teruk, berinti angin. Jangan khuatir, kali ini kami bawakan sebuah resepi karipap padat yang anda boleh sediakan sendiri.

Resepi ini menjanjikan inti yang penuh dengan ayam dan kentang, pasti menjadi kegemaran sesiapa sahaja yang merasainya walaupun hanya satu suap. Resepi yang telah dikongsikan oleh Safiyya Zaidziqry ini mendapat banyak perkongsian di Facebook dan kata beliau, resepi ini telah digunakannya untuk berniaga! Wah, jom tengok!

Resepi Karipap Chubby Penuh Isi

karipap chubby penuh isi
image via Facebook

Bahan – bahan:

Inti:

  • 10kg kentang (dibuang kulit dan dipotong kasar)
  • Rempah kari daging adabi sepeket sedan
  • Rempah kari ikan pedas stengah paket sedan (paket merah) 
  • Gula 850grm
  • Garam segenggam
  • Aji 3 sudu besar

Kulit:

  • 3 kg tepung gandum
  • 1/2 kg marjerin
  • Air garam (air satu jag + garam) dalam 2 sudu garam

Untuk lauk dalam inti:

  • Telur rebus
  • Ayam (isi dipotong dadu, diperap dengan rempah kari daging dan letakkan garam dan gula sedikit)

Cara – cara memasak:

Inti:

  1. Satukan kesemua ini di dalam kuali besar, air jangan terlalu banyak.
  2. Letakkan air kurang sedikit dari paras kentang.
  3. Biarkan api mendidih.
  4. Gaulkan kesemuanya supaya tidak hangit.
  5. Apabila air handak dekat kering, kecilkan api dan biarkan sahaja dekat situ. Hanya kacau sekali sekala. Sekiranya okay, masak sehingga airnya kering.
  6. Letakkan garam secukup rasa.

Kulit:

  1. Gaulkan tepung bersama marjerin sehingga menjadi sepperti serbuk roti.
  2. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit. Ini penting bagi kulit diluar rangup.

Lauk dalam inti:

  1. Masukkan isi ayam mentah, inti kemudian kepitkan. Apabila goreng nanti ayam akan masak didalam.
  2. Saya pakai acuan karipap yang paling besar.

Nota:Jangan letak bawang, inti akan tahan seharian diluar tanpa masuk kedalam peti ais.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.