Sesiapa di sini mahu resepi mee kari yang menjadi tular di internet?

Mee kari adalah antara juadah yang digemari rakyat Malaysia. Ini kerana kandungan bahan bahan yang berlemak dan sedap di dalam mee kari semestinya menarik minat rakyat Malaysia dari dahulu lagi.

Selalu menjadi menu diwaktu majlis kecil kecilan kerana cara pembuatannya yang mudah.

Resepi ini dikongsi oleh Miya Aira dan mendapat komen positif di Facebook.

Resepi Mee Kari

Mee Kari

Image via Facebook

Sebelum kita mula memasak, kita akan buat stock air udang. Inilah petua untuk menjadikan kuah sedap. Asingkan isi udang dan ambil kepala dan kulit sahaja, rebus sekejap dan kisarkan guna air rebusan tadi sampai hancur, akhir sekali kita tapiskan.

Mee Kari

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A (dikisar):

  • Sebiji bawang besar
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 batang serai potong kecik 
  • 2 sudu besar serbuk cili

Satukan semua dan kisar sampai halus.

Mee Kari

Image via Facebook

Bahan B
(Bahan penumis)

  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Rempah kari daging + rempah ikan (paket kecil)
  • Dua kotak kecil santan Kara
  • Sebiji ubi kentang (potong dadu)
Mee Kari

Image via Facebook

Bahan C

  • Ayam (potong kecil)
  • Fishball (potong dua)
  • Fish cake (potong nipis)
  • Udang (buang kulit)
  • Stock air udang

Nota : Nak lagi sedap tambah isi kerang. Kuantiti lauk diatas ikut suka anda untuk letak banyak mana.

Mee Kari

Image via Facebook

Cara – cara:

1)

Mee Kari

Image via Facebook

1.1. Panaskan minyak tumis bahan B (bahan penumis ). Minyak haruslah banyak .Tapi mestilah berpada ya.

1.2 Masukkan bahan A (bahan kisar).

1.3 Tumis hingga naik bau.

1.4 Masukkan semua rempah kari ikan + daging.

2)

Mee Kari

Image via Facebook

2.1 Masa ni kecilkan api masak dan kacau rempah sekejap je jangan smpai hangit pulak

2.2 Masukkan segelas air biarkan mendidih.

2.3 Masukan ayam dan pastikan buka api sederhana.

2.4 Masak hingga mendidih atau pecah minyak.

3)

Mee Kari

Image via Facebook

3.1 Masukkan kentang.

3.2 Masukkan air stock udang.

3.3 Masukkan bebola ikan dan kek ikan.

3.4 Masukkan udang

4) Kacau dan kacau masukkan sekeping asam keping.

5) Boleh tambah sedikit air jika pekat. Masak sehingga mendidih.

6) Setelah mendidih masukkan dua kotak kecil santan.

7) Masukan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sentiasa mengacau supaya santan tak berketul, masak sehingga mendidih sekali lagi.

8) Dah siap. Jika pekat sangat boleh tambah sedikit air. Sebab nanti sejuk kuah jadi pekat. Mee kari sedap jika kuah tak pekat sangat dan tak cair sangat. Pandai2 anda sesuai kepekatan anda suka..

Nota: Kuah cara saya buat ni memang tak muak. Sedap selalu jadi pilihan tetamu saya bila raya..keseluRuhan bahan2 yg dinyatakan di atas sesuai untuk 2 peket kecil mee…dan buat banyak boleh gandakan kuantiti tau

Mee Kari

Image via Facebook

Ianya juga dihidangkan bersama:

  • Mee kuning (basuh bersih – bersih dan celur dalam air panas sekejap dan toskan)
  • Fishcake (goreng dulu potong nipis)
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Cili merah (hiris nipis)
  • Daun bawang (hiris nipis)

Resepi – resepi lain yang perlu anda cuba :

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.