Cheese tart merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang digemari oleh rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis cheese tart yang boleh diperolehi di kedai bakeri. Tetapi adakah anda tahu bahawa kuih ini boleh disediakan di rumah dengan amat mudah? Kos untuk menyediakannya juga amatlah murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan anda beli di kedai. Tetapi, anda perlulah mengikut resepi yang disediakan oleh kami untuk memastikan kesedapannya.

Kali ini kami bawakan resepi blueberry cheese tart. Cuba anda bayangkan kesedapan blueberry cheese tart. Kulitnya diluar sangatlah crunchy, digabungkan dengan rasa lemak cheese bersama manisnya blueberry. Salah satu gabungan hidangan yang amat menyelerakan. Pasti akan dapat menarik selera sesiapa sahaja yang mendengarnya, apatah lagi jika melihat rupanya. Ha, ini adalah salah satu resepi memikat suami!

Resepi blueberry cheese tart gebu ini telah dikongsikan oleh Azwa Zakaria dan telah mendapat banyak like dan share di Facebook. Jom, let’s check it out!

Resepi Blueberry Cheese Tart Gebu

blueberry cheesetart gebu

image via Facebook

Resepi Crust

Bahan -bahan:

  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart

Cara-cara:

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.A
  5. mbil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Resepi Cheese:

Bahan – bahan:

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara – cara

  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  4. Sediakan filling yang kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni.
  5. Bahan  untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai – kedai yang menjual bahan – bahan untuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
  6. Masukkan filling tu dalam piping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
  7. Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yang sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  8. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C.
  9. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak.
  10. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
  11. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba untuk dihidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.