Siapa di sini pecinta makanan Itali lasagna? Lasagna lemak berkrim, sangat sedap makan dalam keadaan panas.

Lasagna ialah pasata leper lebar dan merupakan makanan tradisional Itali. Kulit lasagna diperbuat daripada tepung gandum yang telah diberi isian. Kemudian dibakar sehingga masak. Isian dalam lasagna biasanya cheese, mozzarella, sos tomato, pelbagai daging, sayur-sayuran (contohnya bayam, zukini, cendawan) dan biasanya berperisa, bawang putih, bawang besar, dan oregano.

Menu lasagna sangat senang dan mudah. Jika anda tidak mahu membuat kulit secara manual anda boleh membeli lasagna yang sudap siap di mana penyediaannya lagi mudah.

Para penggemar lasagna sila tengok resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi daripada ‎Syara Fina‎ di Facebook. Tentunya resepi ini telah mendapat perkongsian ramai kerana memang sangat mudah dan sedap menjilat jari.

Tampilannya pula sangat menggiurkan. Lelehan cheese dan mozarella yang kental, lemak dan berkrim sangat menggugah selera. Sila cuba resepi ini dan hidangkan lasagna favorit untuk keluarga.

Resepi Lasagna

lasagna resepi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Instant Lasagna (half pack)
    Rebus separuh empuk, toskan (bertujuan untuk cepatkan proses bake. Depends pada si pembuat, tak ada hal).
  • Daging burger (1 pack)
  • Sos spaghetti (1 tin)
  • Cendawan butang (1 tin, hiris nipis)
  • Bawang, carrot (potong dadu)
  • Herbs
  1. Tumis bawang, masukkan daging burger, gaul sehingga garing.
  2. Masukkan sos spaghetti, cendawan butang dan carrot. Gaul sebati.
  3. Tambah sedikit air untuk ratakan sos dan bahan-bahan lain.
  4. Masukkan sedikit herbs dan garam.
  5. Masak sampai pekat. Asingkan.
  • Butter (2 sudu besar)
  • Tepung gandum (2 sudu besar)
  • Full cream milk (1 cawan, tambah setengah kalau terlebih pekat)
  • Slices cheese (4-5 keping)
  • Sedikit garam
  1. Cairkan butter, masukkan tepung gandum dan full cream milk. Gaul sebati.
  2. Masukkan slices cheese dan garam.
  3. Agak-agak adunan pekat. Asingkan.

Cara Membuat Layer

  1. Sapu Loyang dengan sedikit butter.
  2. Letak lapisan instant lasagna paling bawah.
  3. Letak adunan daging.
  4. Kemudian letak adunan cheese di atas adunan daging tadi.
  5. Akhir sekali tabur mozzarella cheese.
  6. Ulang step sampai penuh Loyang.
  7. Terakhir, letak hirisan cendawan butang, slices cheese, dan sedikit herbs.
  8. Kemudian bakar suhu 160’C selama 30-40 minit.
  9. Siap. Boleh juga simpan dalam chiller 3-4 hari. Rasa Masih Sama.

Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi lasagna,  kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.