Mencari resepi wantan sup yang sedap?

Wantan ialah sejenis masakan khas yang mudah didapati di pelbagai hidangan di Cina. Wantan boleh dihidangkan sama ada digoreng atau disup.

Pada perkongsian kali ini kami akan kongsikan resepi wantan sup. Resepi dikongsikan oleh Pungkreng Vavoom di laman Facebook. Semestinya resepi ini menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan mee goreng, mee sup dan nasi putih.

Jika ingin senang boleh beli wantan freeze di pasar raya. Kalau ingin buat sendiri, boleh cuba resepi kulit wantan di bawah ini. Tanpa buang masa, jom cuba buat resepi wantan sekarang juga. Selamat mencuba.

Resepi Wantan Sup

Imej via Facebook

Bahan Kulit :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan tepung jagung,
  • Garam sedikit,
  • Minyak masak 3 sudu,
  • Air panas 1 cawan setengah.

Cara-cara :

  1. Gaulkan semua sekali smpai doh tidak lekat di tangan. Tambah air kalau perlu. Tutup dengan kain jangan bagi masuk angina. Biarkan selama 20 minit.

Bahan Inti :

  • Dua bahagian dada ayam dicincang halus,
  • Isi udang dalam 10 ekor dicincang halus,
  • 1 keping tauhu dihancurkan,
  • Setengah biji carrot disagat,
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus,
  • 1 sudu kecil lada sulah,
  • Tepung jagung 1 sudu besar,
  • Daun bawang dihiris halus,
  • 1 biji putih telur (optional),
  • 1 sudu kecil sos tiram,
  • 1 sudu besar kicap cair,
  • Garam dan gula,
  • Minyak bijan.

Cara-cara :

  1. Gaul semua bahan sekali kemudian boleh isi ke dalam kulit wantan.

Bahan Sup :

  • Lada hitam,
  • Halia,
  • Bawang putih,
  • Air,
  • Tulang ayam,
  • Stok ayam,
  • Sedikit sos ikan,
  • Sos tiram,
  • Kicap cair,
  • Lada sulah,
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Tumbuk lada hitam, halia dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan air, tulang ayam, stok ayam dan sedikit sos ikan.
  3. Masukkan minyak bijan, sos tiram, kicap cair dan lada sulah sedikit.
  4. Perasakan dengan garam gula.
  5. Jika sudah mendidih tapis buang hampas dan rebus balik kuah sup.
  6. Akhir sekali, masukkan fishball dan wantan.
  7. Hidangkan bersama mee kalau suka, sawi celur, hirisan dada ayam dan sambal.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi wantan sup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.