Resepi yang ingin kami kongsi kali ini ialah resepi lejen yang semestinya semua orang tahu. Namun resepi diolah sedikit untuk dapatkan citarasa blueberry tersebut.

Butter murni ialah amat penting sebagai bahan asas membuat kek butter. Selain itu, bahan-bahan lain seperti telur, tepung gandum dan susu pekat juga tidak kalah penting. Dan inti blueberry ialah bahan utama kita pada perkongsian resepi kali ini.

Mesti anda teringin merasa blueberry butter cake bukan? Doh yang lembut manis serta inti blueberry yang lazat jadikan kek ini amat sesuai untuk minum petang. Mari cuba buat kek butter blueberry. Berikut resepi yang dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman Facebook.

Resepi Blueberry Butter Cake

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 cawan butter (kalaiu ingin sedap gunalah pure butter),
  • 1 cawan gula kastor,
  • 4 biji telur (gred A),
  • 1 ½ cawan tepung gandum (diayak),
  • 1 sudu kecil baking powder (diayak),
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 2 sudu besar susu pekat manis (optional),
  • Blueberry filling (lebih kurang 50 gm),
  • Buah blueberry (jika ada).

Cara-cara :

  1. Satukan butter dan gula, pukul hingga kembang (berkrim putih) dengan kelajuan maksima.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat manis. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder tadi sedikit demi sedikit sampai adunan sebati.
  5. Tuang sebahagian adunan dalam loyang yang digris dengan baking paper.
  6. Hentakkan loyang manja.
  7. Letakkan sedikit blueberry filling di atas adunan tadi.
  8. Kemudian tuang lagi adunan ke atas filling. Kalau ingin bubuh warna, boleh letak sedikit sahaja dalam adunan untuk hiasan atas kek.
  9. Boleh letak lagi blueberry filling di atas kek dan lorek-lorekkan.
  10. Letak buah blueberry di atas permukaan kek.
  11. Bakar dalam oven selama 40-45 minit, suhu 170-180°C bergantung oven masing masing.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain blueberry butter cake, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.