Adakah ibu teringin masak bihun PAMA homemade? Bihun PAMA adalah antara jenama bihun segera yang popular. Bihun segera ini dijual dalam pek dan sedia dengan perencahnya.

Dengan citarasa lazat perencah, bihun PAMA sesuai dimasak berkuah. Ramai orang suka yang beli bihun PAMA jenis segera. Masak sekejap terus siap untuk dihidang.

Namun kepada anda yang tidak suka makan bihun segera namun teringin juga makan bihun PAMA. Maka, pada perkongsian kali ini kami sediakan resepi bihun PAMA homemade berasaskan bihun putih Jasmine pula. Bihun jasmine bukanlah bihun segera namun akan diolah jadi bihun PAMA segera.

Hanya perlukan masa 10 minit sahaja, boleh menghasilkan rasa bihun PAMA sebenar. Aroma wanginya juga macam bihun PAMA. Bikin tergoda selera ingin makan. Kesemua ahli rumah mesti suka. Selamat mencuba resepi daripada Cik Pooja di laman Facebook ini. Penyediaan untuk 2 orang makan.

Resepi Bihun PAMA Homemade

bihun pama

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk),
  • 2 ketul kiub pati ayam maggi,
  • 1 sudu kecil lada sulah (yang putih),
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (potong),
  • 1 liter air (agak-agak 1 jug kecil),
  • Secubit garam (jika perlu),
  • Bihun (sedikit).

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumis bawang putih sampai kekuningan keemasan.
  3. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. (Lada sulah sebenarnya yang buatkan rasa dan bau bihun kita jadi macam bihun PAMA. Kalau tidak ada lada sulah, memang tidak jadilah bihun PAMA anda .
  4. Bila kuah sudah menggelegak, masukkan bihun.
  5. Reneh sampai bihunnya masak elok.
  6. Kalau tidak berapa cukup rasa masin, boleh masukkan secubit garam (agak-agak ikut citarasa).
  7. Siap. Kalau suka pedas, boleh taburkan serbuk cili.
  8. Ingin tambah isi ayam atau carrot potong dadu pun boleh. Makin sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bihun PAMA homemade, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.