Asam pedas merupakan salah satu hidangan pilihan untuk makan tengah hari bagi kita, rakyat Malaysia. Rasa pedasnya dihasilkan oleh cili kisar digabungkan dengan rasa masam daripada asam jawa ataupun limau purut. Ianya boleh digabungkan dengan ikan parang, ikan tenggiri, ikan merah, atau ikan terubuk. Tak makan ikan? Jangan risau, gabungan bersama ayam atau daging juga sedap! Asalnya, Asam Pedas sangat popular di sekitar Melaka dan Johor. Jika anda mengidam untuk makan asam pedas, ketahuilah bahawa cara pembuatannya amat mudah dan sudah tentu anda boleh hasilkan asam pedas yang lazat sehingga menjilat jari walaupun ianya mudah.

Jom kita lihat resepi asam pedas Johor yang dibawakan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Katanya asam pedas linangan air mata. Wah, confirm pedas memikat!

Resepi Asam Pedas Johor

Asam Pedas

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 biji bawang merah besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 senduk penuh cili kering yang telah dikisar
  • Sedikit belacan

Nota: ikut rasa masing – masing, tak letak pun tak apa, jika letak, masukkan dalam bahan yang dikisar

  • Ikan pilihan anda
  • 1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • Daun kesum
  • 1 – 2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan air biasa
  • Garam secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan – bahan dikisar tadi, tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sampai pecah minyak.
  3. Apabila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa,
  4. Tunggu sehingga didih kemudian masukkan bunga kantan/daun kesum
  5. Masak sehingga naik bau. Akhir sekali, masukkan seekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.

Nota:

  • Boleh letak bendi, tomato.
  • Boleh tambah sedikit air sekiranya kuah agak pekat

Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Haaaa, mudah bukan resepi asam pedas ni? Berminat nak cuba resepi lain juga? Di sini juga kami sertakan beberapa resepi lain yang mudah dan pasti menjadi. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .