Mencari resepi puteri mandi yang sedap?

Antara kuih tradisional yang selalu dijadikan kudapan minum petang. Puteri mandi kuih kesukaan keluarga. Ramai dicari pada bulan ramadhan untuk menu berbuka.

Kuih tradisional Terengganu ini terdapat 2 jenis; puteri mandi yang disira kelapa parut putih dan yang disira kelapa parut coklat yang telah dicampur gula nisan. Rasanya manis dan enak dil lidah.

Zaman kini makin berkurang orang berniaga kuih puteri mandi. Kalau pun ada, mungkin rasanya agak sedikit kurang sesuai tekak. Oleh kerana itu, kami hadirkan resepi puteri mandi yang sedap daripada Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. Resepi sedap macam air tangan orang dulu-dulu.

Resepi Kuih Puteri Mandi

puteri mandi

Imej via Facebook

Bahan-bahan Puteri :

  • 2 cawan tepung beras pulut,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • Sedikit air kapur,
  • 3 helai daun pandan diblend dan amik jusnya,
  • Sedikit pewarna hijau,
  • Sedikit air,

Bahan-bahan Kuah :

  • 1-2 keping nisan@gula melaka,
  • ½ cawan gula ,
  • ¾ cawan air,
  • Secubit garam
  • ¾ cawan kelapa muda.

Cara-cara:

  1. Dalam satu mangkuk satukan tepung beras pulut dan tepung gandum.
  2. Masukkan jus pandan dan pewarna hijau. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sebati sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  3. Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih.
  4. Gentel adunan sebesar ibu jari dan tekan sedikit bagi leper.
  5. Rebus adunan puteri sehingga terapung.
  6. Sediakan 1 bekas air sejuk. Angkat kuih puteri dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkan kuih melekat.

Cara Memasak Kuah Mandian Puteri :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali kelapa.
  2. Masak sehingga gula cair dan pekat.
  3. Masukkan kelapa dan adunan kuih puteri. Gaul sebati.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi puteri mandi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.