Makanan “fast food” sangat digemari masyarakat kita terutamanya bagi golongan muda dan kanak-kanak. Mana tidaknya, selain mudah dan cepat untuk mendapatkannya, makanan fast food ini mampu menaikkan dan menambah selera makan dengan rasanya yang enak-enak kesemuanya.

Sebut saja KFC, MacDonald, Pizza Hut, Domino dan lain-lain pastinya semua orang mengidam untuk memakannya.

Namun, pilihan untuk makan makanan fast food ini bukanlah satu pilihan yang bijak kerana banyak keburukan berbanding kebaikan yang diperoleh. Selain harganya yang agak mahal, makanan seumpama ini juga mengandungi trans-fat iaitu minyak tepu yang tinggi yang mampu menjejaskan kesihatan tubuh badan kita.

Jadi, kita perlu berhati-hati dalam memilih makanan yang sihat buat keluarga kita. Jika sekali sekala ingin menikmatinya, tidak salah namun berpada-padalah. Elakkan setiap minggu atau setiap bulan kerap mengunjungi outlet fast food. Pilihlah restoran-restoran yang menyediakan juadah makanan yang lebih berkhasiat untuk kita.

Hari ini, kami akan kongsikan satu resepi yang sangat best sebagai alternatif buat anda yang gemarkan ayam goreng bersalut tepung. Lebih jimat dan lebih berkhasiat! Jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Muhairi Ery di Facebook.

Resepi Ayam Goreng ala KFC

Ayam goreng KFC

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 sb serbuk cili
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1 sb lada hitam
  • 1 sb secukup rasa maggi
  • sedikit garam
  • 3 biji telur
  • 2 sb tepung gandum
  • 10 sb tepung beras

Cara Penyediaan:

1) Cili kering dibasuh dan digoreng garing supaya rapuh macam keropok. (nanti senang nak lumatkan, guna tangan je atau boleh juga diganti dgn chilli flakes.

2) Perapkan ayam bersama cili kering, serbuk cili, serbuk daging, lada hitam, secukup rasa maggi dan garam. Telur juga dicampur dan diperap bersama. Lagi lama diperap, lagi sedap!

3) Untuk salutan tepung, campurkan tepung gandum dan tepung beras.

4) Lumur ayam tadi sebati dengan tepung kemudian baru goreng

5) Pastikan minyak betul-betul panas dan tenggelam ayam sepenuhnya.

Selain resepi meletop ini juga, kami juga banyak memaparkan resepi-resepi lain yang pastinya membuatkan anda jatuh hati untuk mencubanya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE resepi kami yer! Selamat mencuba!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .