Pastinya ramai yang menggemari mee rebus bukan? Cara untuk menyediakkannya juga tidaklah terlalu susah. Jika anda mahu memasak sesuatu yang berbeza bolehlah anda mencuba resepi yang akan kami kongsikan bersama anda pada hari ini.

Pada kali ini, kami akan berkongsikan resepi mee rebus utara bersama dengan anda semua. Bolehlah anda hidangkan semasa anda berehat pada hujung minggu di rumah sambil berehat menonton televisyen bersama dengan seisi keluarga. Pastinya semua orang akan memuji masakan anda.

Resepi mee rebus utara ini telah dikongsikan oleh Somad Musa di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi mee rebus utara ini.

Resepi Mee Rebus Utara

mee rebus utara
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Cili kering
  • 4 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 500 gram ubi keledek
  • Secawan kacang putih
  • Air rebusan daging
  • Sos cili
  • Garam
  • Gula
  • Mee kuning

Bahan sampingan:

  • Daging rebus dihiris
  • Bebola ikan/fish cake digoreng kemudian dihiris
  • Telur rebus
  • Tauhu goreng kemudian dihiris
  • Daun sup dan cili merah hiris halus
  • Limau nipis dipotong

Cara-cara penyediaannya:

  1. Tumis dua genggam cili kering yang dikisar bersama 4 labu bawang besar dan 6 ulas bawang putih.
  2. Masukkan 500 gram ubi keledek dan secawan kacang putih yang telah direbus kemudian dikisar dengan air sehingga hancur.
  3. Tambah air rebusan daging sehingga kuah tidak terlalu pekat.
  4. Masukkan sesenduk sos cili.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Biarkan dengan api yang sederhana selama 30-45 minit.
  7. Jika anda mahu bolehlah tambahkan bahan-bahan sampingan yang telah disenaraikan di atas.
  8. Celurkan mee kuning seperti biasa.
  9. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Jika anda telah mencuba resepi ini jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda. Klik pautan di bawah untuk lihat resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan di sini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.