Mee udang kuah pekat. Siapa ingin makan mee udang? Rasanya sangat mabeles dan menitik air liur. Berikut di bawah ini kami berkongsikan resepi mee udang yang dibagikan oleh Siti Aisyah di laman Facebook.

Resepi mee udang yang viral. Kuah pekat mee udang ini diperbuat dengan menambahkan stok udang yang dibuat daripada kepala udang. Kemudian ditambahkan keledek dan kentang blend yang membuat kuah semakin jadi pekat.

Kepedasan mee udang mengikut selera anda. Jika anda suka udang lagi banyak, boleh tambahkan udang lagi. Jika ingin kuah lagi pekat, boleh tambahkan stock udang ataupun kentang blend. Senang buat sendiri boleh ejas resepi.

Tanpa buang masa, mari tengok resepi di bawah ini dan hidangkan mee udang untuk keluarga sebagai sarapan mahupun hidangan petang nanti. Selamat mencuba.

Resepi Mee Udang Kuah Pekat

mee udang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Mee kuning secukupnya,
  • Udang secukupnya,
  • Kepala udang (direbus untuk dijadikan stok),
  • * Cili kering segenggam (ikut selera pedas masing-masing),
  • * Bawang putih 3 ulas,
  • * Halia sedikit,
  • * Bawang merah 7-8 biji,
  • * Tomyam paste sesudu besar,
  • * Udang kering 2 paket (paket RM 1),
  • Sebiji kentang,
  • Sebiji keledek (sederhana besar).

Hiasan :

  • Daun bawang,
  • Bawang goreng,
  • Cili merah dan hijau,
  • Telur rebus,
  • Limau nipis/kasturi,

Cara-cara :

  1. Rebus kepala udang, dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
  2. Rebus kentang dan keledek. Blend halus dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan bertanda *, tumis hingga naik bau. Masukkan stok udang. Masak lagi hingga mendidih.
  4. Tambah garam sedikit, gula sedikit, aji sedikit.
  5. Masukkan keledek dan kentang blend tadi. Tambah air jika perlu.
  6. Jika sudah mendidih baru masukkan udang dan perasakan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee udang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.