Ikan bakar adalah salah satu juadah yang menjadi all time favourite rakyat Malaysia. Ianya amat praktikal kerana ianya boleh dimasak di mana mana. Tidak kira jika anda berada di rumah ataupun sekiranya anda sedang berkhemah, juadah ikan bakar boleh dimasak, dan dihidangkan.

Bahan kepada resepi ikan bakar mudah untuk didapati, asalkan ikannya segar, pasti sahaja semua akan makan sehingga mejilat jari. Bahan – bahannya boleh jadi dari seringkas – ringkas bahan, ke sebanyak – banyak bahan, bergantung kepada citarasa anda. Protein yang didapati daripada ikan adalah protein yang amat baik, jadi ianya sesuai untuk dimakan oleh semua golongan masyarakat.

Memandangkan ianya juga tidak digoreng, ianya amat sesuai untuk orang yang sedang diet, atau ingin mengurangkan berat badan. Juadah ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada pesakit diabetes. Jadi jom, kita mengamalkan pemakanan yang lebih sihat!

Resepi kali ini bukannya resepi yang biasa kita lihat, ianya adalah resepi Ikan Bakar Thailand. Unik kan? Mesti anda semua tak sabar nak lihat kan? Resepi ini dikongsikan oleh Eila Rostam dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!

Resepi Miang Pla Pao (Ikan Bakar Thailand)

ikan bakar

image via Facebook

Masa: 15 – 20 minit

Suhu: 200° C

Bahan – bahan masakan ini untuk 2 – 3 orang.

Bahan – bahan:

Bahan – bahan untuk ikan bakar:

  • 1 ekor ikan (siakap/talapia/haruan/keli/merah/jenahak/bawal atau apa – apa ikan yang sesuai, daging bakar pun boleh)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan garam halus 
  • Sedikit air untuk bancuh bahan lumur – lumur
  • 3 batang serai dititik
  • 4-5 helai daun limau purut dicarik – carik
  • 1 helai daun pandan dicarik – carik

Bahan – bahan untuk sos:

  • 7 biji cili hijau
  • 7 biji cili padi (optional)
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja, kalau suka masam boleh tambah lagi)
  • Batang daun ketumbar (ikut kuat bau dan rasa yang kita nak, ada org tak suka boleh kurangkan)
  • 3 sudu sos ikan (atau ikut sesuai rasa masin masing – masing)
  • 3-4 sudu gula melaka (ikut sesuai rasa manis masing – masing)
  • Air sedikit utk dikisar halus

Bahan – bahan hidangan:

  • Suhun yang dicelur
  • Salad
  • Timun
  • Daun selasih (jika ada)
  • Daun ketumbar
  • Carrot dll yang sesuai

Cara – cara memasak:

Cara – cara memasak ikan bakar:

  1. Selepas ikan dibersihkan, sumbat semua bahan rampai ke dalam perut ikan dan mampatkan.
  2. Kemudian satukan garam, tepung dan sedikit air dan sebatikan. Jangan bancuh ye, jadikan mcm bread crumbs.
  3. Lumur badan ikan dengan adunan garam depan dan belakang. Sisik ikan jangan dibuang masa disiang, biarkan sahaja.
  4. Apabila sudah lumur sekata, boleh bakar dlm air fryer (sekiranya tiada air fryer, pakai ketuhar pun boleh, bakar atas dapur pun boleh, pakai arang pun boleh. Lagi sedap) Tidak perlu spray minyak ke apa, bakar macam tu je. Jangan risau pasal ikan tu masin ke apa, memang tak masin pun isi ikan tu. Sebab kita tak pakai kulit ikan tu. Hanya gunakan isinya sahaja.
  5. Sebelum nak bakar, pre heat dulu air fryer/ketuhar dalam 5 minit pada suhu 200° C.
  6. Apabila sudah panas, boleh masukkan ikan dan bakar dalam masa 15-20 minit atau sampai bahan lumur ikan tu perang.
  7. Kemudian, boleh keluarkan dan ketepikan dulu.

Cara – cara memasak sos:

  1. Campurkan semua bahan – bahan itu dan kisar sampai halus dan sebati, rasa sos tu nanti akan kuat rasa bawang putih, ketumbar, limau nipis, masin dan manis.
ikan bakar

image via Facebook

Resepi – resepi yang menarik:

Selain daripada resepi ikan bakar ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Variasikanlah hidangan anda supaya dapat menarik selera yang tersayang. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

 

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.