Satay atau Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Selain satay lembu dan ayam, ada pelbagai macam jenis satay seperti : satay arnab, satay hati, satay pedal, satay perut, dan satay ikan. Satay biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit.

Kelezatan satay belum sempurna apabila tidak dilengkapi dengan kuahnya. Ciri khas orang melayu ialah memakan satay dengan kuah kacang. Kuah kacang dibuat daripada kacang tanah yang ditumbuk halus atau kasar mengikut selera. Bahan-bahan seperti rempah ratus, kacang tanah, santan, cili kering, minyak masak dan sedikit belacan. Gula merah juga boleh ditambahkan ke dalam kuah satay untuk meningkatkan warna dan rasa kuah satay.

Pada resepi kali ini kami akan mengongsikan resepi satay ayam serta kuah kacang yang sangat lazat. Resepi ini dikongsikan oleh NazLynn Ismail di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Sila cuba resepi ini.

Resepi Satay Ayam Kuah Kacang Paling Lazat

resepi satay ayam

Imej via Google

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Ayam/Daging 2 kilo.
  • Bawang putih 1 labu.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Halia 2 1/2 inci.
  • Serai 6 batang.
  • Lengkuas 2 inci.
  • Ketumbar 10 grm.
  • Jintan Manis 50 grm.
  • Jintan Putih 20 grm.
  • Kunyit serbuk 50 grm.
  • Kunyit hidup 3 inci.
  • Gula melaka 1 cawan.
  • Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis).
  • Garam 3 sudu kecil.

Cara Membuat Satay Ayam

1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.

2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.

3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.

resepi satay ayam

Imej via Facebook

Bahan Untuk Kuah Kacang

  • Kacang tanah, goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan blend setelah sejuk.
  • Lada kering, blend.
  • Gula melaka.
  • Garam.
  • Gula.
  • Halia.
  • Serai.
  • Asam keping.
  • Bawang besar dan bawang putih.

Cara Membuat Kuah Kacang

1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.

2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.

3. Akhir sekali masukkan air.

resepi satay ayam

Imej via Google

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Satay Ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.