Mencari resepi kuih muih tradisional untuk berniaga? Atau untuk acara kenduri dan majlis? Atau mencari resepi kuih setakat makan bersama keluarga? Di sini semua resepi yang anda mahu telah disediakan. Resepi-resepi kuih kecintaan rakyat Malaysia kami kongsikan di sini.

7 resepi yang kami kongsikan ini ialah resepi kuih muih tradisional pilihan yang paling banyak mendapat perkongsian di Facebook. Bahkan sampai mencecah 25K perkongsian dari warga internet. Bagaimana tidak, resepinya sangat senang, bahan-bahan mudah dan rasanya sangat teramat sedap.

Kuih-kuih tradisional ini hanya boleh anda dapatkan di pasar malam mahupun gerai penjual kuih di tepi jalan pada masa pagi. Namun tak semua orang ada masa pergi pasar malam. Juga jika mengketangahkan masalah kesihatan dan keberihan tentunya anda akan berpikir 2 sampai 3 kali bahawa membuat kuih sendiri lebih sihat dan berbaloi.

Jika ada mood rajin bolehlah cuba buat kuih seperti resepi-resepi di bawah ini. Sesekali menjamu selera dengan kuih buatan air tangan anda. Nanti selepas buat satu kali mesti akan ketagih buat lagi.

Resepi Kuih Pelita

Kuih Tepung Pelita

Imej via Facebook

Tidak semestinya membuat kuih pelita menggunakan tepung beras. Boleh saja guna tepung gandum seperti resepi yang dikongsikan oleh Norizan Ismail‎ di Facebook. Namun bezanya ialah, jika pakai tepung beras dipanggil kuih pelita sedangkan kalau pakai tepung gandum dipanggil kuih limas.

Bahan-bahan :

Lapisan Bawah Hijau :

  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4-5 sudu besar gula (kalau mahu kurangkan boleh, resepi asal 2 sudu besar)
  • Sedikit pewarna hijau
    (Kisar semua bahan)

Lapisan Atas Putih

  1. 1 1/2 cawan santan pekat
  2. 1 cawan air
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 1/2 sdt garam

Cara Memasak :

  1. Panaskan pengukus. Jika guna bekas plastik kecik. Sila letak daun oisang di dasar bekas bagi bau wangi daun pisang.
  2. Letakkan gula dalam 1 sudu besar rata, kalau mahu air gula lagi banyak boleh letak gula 1 sudu besar penuh.
  3. Kisar semua bahan bahagian bawah sampai sebati, jangan lama sangat. Dia memang akan jadi cair. Jangan tambah air.
  4. Tuangkan dalam bekas yang ada gula tadi dalam separuh bekas.
  5. Kukus lapisan bawah dalam 10 minit dengan api kuat.
  6. Sementara lapisanbawah masak, kisar sebati lapisan atas.
  7. Siap tuang laipasan atas, kukus lagi dalam 10 minit.
  8. Siap. Kalau ada air bertakung dalam kuih buang airnya.

Resepi Kuih Keria

kuih keria

Imej via Facebook

Jika anda punya lebihan keledek di rumah lebih baik anda olah keledek tersebut jadi kuih keria. Daripada keledek bertapa dan terbuang di rumah tiada guna. Sedapnya kuih keria dibalut kuah sira gula. Sangat menjilat jari. Jom tengok resepi daripada ‎Chek Kuna Ahmad‎ di Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ubi keledek
  • Tepung gandum
  • Baking powder
  • Minyak masak

Bahan Sira:

  • Gula kasar
  • Air

Cara Membuat :

  1. Bersihkan dan rebus ubi keledek sehingga empuk. Sejukkan. Buangkan kulit.
  2. Potong ubi kecik-kecik. Lenyekkan sehingga hancur.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Gaul rata. Tambah tepung gandum sehingga adunan tak melekat.
  4. Ambik sikit bulatkan agak-agak besar bola ping pong. Buat lubang ditengah guna jari telunjuk.
    (Terpulanglah nak besar mana. Kalau melekat guna tepung sikit).
  5. Sudah siap dibentuk. Sediakan kuali. Panaskan minyak.
  6. Masukkan adunan tadi. Goreng sehingga warna keemasan.
  7. Toskan dan biarkan sejuk.
  8. Sediakan kuali. Masukkan beberapa sudu gula dan sedikit air. Kacau sehingga gula tadi berbuih dan pekat.
  9. Masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
  10. Kacau rata sehingga gula kering. Tutup api dapur. Biarkan sejuk.
  11. Siap untuk dimakan.

Resepi Kuih Peria

kuih peria

Imej via Facebook

Dengan kreativity yang tinggi, membuat kuih peria berinti kacang merah dengan tampilan warna-warni yang menarik hati. Inti kacang merah pula tampah sangat menggoda. Jom tengok resepi kuih peria senang yang dikongsikan oleh Aida Syuhada di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 paket tepung pulut (500g)
  • 1 cawan gandum
  • Santan cair secukupnya (letak garam sedikit)
  • Inti kacang merah (beli yang sudah siap)

Cara Membuat :

  1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum gaul sebati.
  2. Masukkan santan sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambil sedikit doh, letak inti, bentuk membujur macam peria, sapu sedikit minyak suaya tak melekat. Lurik-lurikkan dengan garpu.
  4. Kukuskan dengan api yang sederhana (10-15 minit).

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan

kuih lapis

Imej via Facebook

Kuih lapis memang selalu menyajikan tampilan yang menarik. Anda teringin membuat kuih lapis menggoda macam gambar? Jom tengok bahan-bahan resepi kuih lapis yang dikongsikan Elly Naureen di Facebook ini dalam sukatan cawan. Tips perlu diingat ialah gunakan cawan yang sama untuk setiap sukatan ya.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 1/4 cawan gula pasir yang diblend jika tiada gula halus
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • Pewarna merah ros

Cara Membuat :

  1. Gaul semua bahan sampai sebati. Kecuali pewarna ros.
  2. Kemudian bahagikan dalam 2 bekas. 1 bekas letak pewarna merah ros.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang selapis biarkan masak.
  4. Jika sudah masak tuang lapisan ke 2.
  5. Ulang sampai jadi berlapis-lapis.
  6. Pastikan betul-betul sejuk baru keluarkan dari acuan.

Resepi Kuih Seri Muka Pandan

seri muka pandan

Imej via Facebook

Tuan punya resepi Afida Elleh Sunshine di Facebook berkongsi tips untuk dapatkan potongan cantik cuma guna pisau kek yang selalu beli kek tu saja, tiada guna pisau khas dia atau cutter. Potong bahagian hijau dia dahulu sampai habis dan jangan sampai kena bahagian bawah dia. Jika sudah habis potong yang hijaunya baru tekan rapat sampai yang bawah. Kemudai permukaan licin kerana loyang ditutup pakai kertas aluminum dan penutup pengukus dia tak payah tutup dengan kain lagi.

Bahan Bahagian Bawah :

  • 3 cawan pulut (rendam 3 jam)
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

Bahan Bahagian Atas :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir (resepi asal 1 1/2 cawan)
  • Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

Cara Membuat :

  1. Cuci pulut, toskan, masukkan santan dan garam
  2. Kemudian kukus dalam talam selama 25 minit, sudah siap kukus kemudian angkat dan penyek-penyek bagi padat.
  3. Blend semua bahan bahagian atas bagi adunan halus.
  4. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.
  5. Kukus selama 30 minit.
  6. Siap.

Resepi Kuih Tepung Gomak

kuih tepung gomak

Imej via Facebook

Antara kuih jualan yang jadi favorit ramai. Cepat dan mudah juga membuat kuih ini. Kacang hijau yang di blend lebih terasa ori kacang hijau. Siapa suka resepi ini jom tengok perkongsian daripada Wan Ananis‎ di Facebook. Kalau rasa malas blend kacang hijau, boleh beli tepung kacang hijau di kedai lagi cepat.

Bahan-bahan :

  • Kacang Hijau

Inti Kelapa

  • Kelapa putih
  • Gula pasir (agak-agak saja)
  • Gula merah yang sudah ditapis
  • Sedikit gula melaka
  • Daun pandan disimpul
  • Secubit garam
  • Air
    (Masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau smpai kering macam inti ketayap. Bila sudah sejuk gentel bulat-bulat)

Cara Membuat :

  1. Basuh kacang hijau dan toskan.
  2. Goreng dalam kuali tanpa minyak guna api slow dalam beberapa minit.
  3. Angkat dan biar sejuk, kemudian blend dan ayak.
  4. Bancuh tepung pulut dengan air (sesetengah orang ada yang campur sedikit tepung gandum tapi saya pakai tepung pulut sahaja.  Bancuh jangan lembik sebab nak letak inti kelapa tadi macam buat buah melaka).
  5. Ambil sedikit tepung pulut tadi dan letak inti kelapa di tengah kemudian gentel bulat.
  6. Seterusnya masukkan dalam air yang sudah mendidih.
  7. Bila tepung tadi timbul, toskan dan gaul dengan kacang hijau yang sudah diblend tadi.
  8. Tekan sikit bagi leper baru nampak cantik. Siap.

Resepi Kuih Ketayap

kuih ketayap

Imej via Facebook

Kuih pevret kelaurga. Paling laku di pasar malam. Kuih paling senang buat inilah dia. Jom tengok resepinya daripada Irhana Canella‎. Resepi ini disukai ramai dalam perkongsiannya di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi (letak tepung ubi supaya kulit tak mudah koyak. Tak letak pun tak apa. )
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Air (agak-agak saja dalam 2 cawan air jika tak cukup baru tambah ok)
  • Secubit garam
  • Pewarna [email protected] pandan

Cara Membuat :

  1. Blend semua bahan-bahan. Bancuhan agak-agak jangan cair sangat jangan pekat sangat.
  2. Gunakan senduk. Lenggangkan 1 senduk adunan di kuali. Jika nak cantik guna pan dan nak sama saiz guna senduk bulat. Buat sampai habis.

Cara Membuat Inti Kelapa :

  • Kelapa parut separuh
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit air (lebih kurang 1/2 cawan air untuk larutkan gula saja)
  • 1 sudu tepung ubi
  • Sehelai daun pandan
  • Masak gula sampai larut kemudian masukkan kelapa parut, garam dan tepung ubi. Biar kering sedikit. Siap.

Resepi-resepi kuih di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya. Jemput juga baca koleksi resepi menarik lain seperti koleksi resepi sayur, resepi nasi ayam dan koleksi resepi kek.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.