Mencari koleksi resepi udang yang sedap dan menarik?

Jika diberi pilihan memasak udang, mesti para ibu pening kepala memikirkan menu apa yang sesuai. Takut nanti silap-silap masak malah tak menjadi. Justeru, ramai ibu yang menghindari memasak seafood seperti udang dan memilih masakan yang simple.

Malah sebaliknya, memasak udang sangat senang. Tanpa memerlukan keahlian memasak yang tinggi sekalipun anda boleh memasak udang yang sedap dan menggiurkan. Jika anda masih juga bimbang menemukan resepi yang menarik masak udang. Anda patut mencuba 7 resepi yang kami kongsikan ini.

Resepi-resepi daripada perkongsian ramai di Facebook ini sangat menarik hati orang ramai. Resepi ini juga boleh anda jadikan menu makanan harian untuk keluarga tercinta. Bahkan juga untuk sebahagian orang yang ingin berniaga juga boleh merujuk pada resepi-resepi ini.

Tanpa buang masa, sila baca dan rujuk resepi-resepi yang kami kongsikan ini. Manjakan lidah anda dengan sensasi seafood yang menarik dan sedap. Jangan lupa simpan resepi ini supaya anda boleh guna lagi nanti.

Resepi Udang Masak Diraja

udang diraja

Imej via Facebook

Anda patut cuba masakan seafood yang satu ini. Udang masak diraja. Resepi paling sedap dikongsikan oleh Maheran Nor Sabarina Salim‎ di Facebook. Pastikan anda menggunakan udang yang segar ya untuk hasil masakan yang ohsem.

Bahan Kisar :

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 batang lada cili
  • 3 sudu lada kering kisar

Bahan Lain :

  • Udang galah / udang kulit putih etc
  • 2 batang serai dititik
  • Daun kunyit dihiris halus
  • 2 keping Asam keping
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • 1 cawan santan pekat

Cara Memasak :

  1. Tumiskan bahan yang dikisar.
  2. Bila minyak naik masukkan serai dan asam keping.
  3. Masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit.
  5. Kemudian masukkan perasa garam sedikit dan gula bagi yang mahu gantikan ajinomoto.
  6. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

Resepi Kerabu Udang Ala Thai

udang kerabu

Imej via Facebook

Kalau pergi melancong ke Thailand anda wajib cuba makan kerabu udang. Sedap sangat, masam, manis, pedas menyengat gitu. Tapi sekarang anda tak perlu lagi pergi Thailand kalau nak makan kerabu udang. Buat sendiri saja dekat rumah. Puas hati, boleh makan puas-puas. Sila tengok resepi perkongsian ramai daripada Sumaiyah Abdullah‎ di Facebook ini.

Bahan-bahan :

  • Udang dibuang kulit
  • Cili merah dan dan hijau
  • Bawang putih
  • Sos ikan
  • Jus limau nipis
  • Gula garam
  • Serai dihiris.
  • Bawang besar dihiris
  • Tomato, carrot
  • Daun sup.
  • Pucuk kacang/kacang buncis/kacang panjang/kacang botol.

Cara Memasak :

  1. Udang dibuang kulit, direbus dan ditoskan.
  2. Cili merah, cili hiaju dan bawang putih dikisar kasar/tumbuk
  3. Gaul kesemua bahan dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Cucur Udang Gebu

cucur udang

Imej via Facebook

Menu petang-petang, cucur udang gebu resepi Norfarhana Ariffin‎ paling viral di Facebook. Cicah bersama kuah kacang tanpa santan. Meletup. Tak guna yis pun, guna soda saja dan campuran bawang kisar. Untuk sesiapa yang nak berniaga pun boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg Tepung gandum
  • Sebiji telur
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • Pewarna kuning
  • 2 biji bawang holland hiris
  • Kucai
  • Tauge
  • Udang
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit soda bikarbonat
  • Air

Cara-cara :

  1. Blend bawang besar sebiji.
  2. Masukkan tepung gandum dalam bekas.
  3. Masukkan bawang yang diblend tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat. Kacau adunan.
  4. Agak-agak letak air jangan pekat sangat. jangan cair sangat.
  5. Masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris, dan cili besar hiris.
  6. Cara goreng nak bagi bentuk bulat ialah celup senduk besi ke dalam minyak panas.
  7. Letak adunan tadi diatas senduk. Letak udang atas dia.
  8. Masukkan dalam minyak panas. Biar kejap sampai bawah dia masak. Nanti dia akan tertanggal sendiri daripada senduk.

Bahan Kuah Kacang :

  • Segengam cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
    Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Belacan
    (Semua bahan di atas dikisar halus)
  • Kacang tanah disangai dan diblend kering..
  • Asam jawa
  • Gula/gula melaka

Cara Membuat Kuah Kacang :

  1. Tumis bahan yang diblend tadi.
  2. Kalau sudah garing masukkan kacang tanah yang disangai dan diblend halus.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan sedikit air, gula dan garam. Jika mahu letak gula melaka pun boleh.
  5. Biar naik minyak. Kalau nak lagi pekat letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Resepi Udang Buttermilk

udang buttermilk

Imej via Facebook

Menu untuk anak dan bekal untuk suami kerja. Memang tak boleh move on makan udang buttermilk ini. Kenapa sedap sangat? Jom kami bagi resepi rahsia daripada Hani Myhanie Ali‎ di Facebook. Anda yang tak ada idea masak harini boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan :

  • 8 ulas bawang putih didadu halus
  • 1 bj bawang besar didadu halus
  • 3 bj cabai melaka di dadu halus
  • 3 tangkai daun kari
  • 5/6bj cabai melaka dipotong kasar…lebihkan jika suka pedas
    (Tumis bahan-bahan di atas)
  • 8 ekor udang dibersihkan dan digoreng setengah masak bersama 1 sdk garam halus dan kunyit. Ketepikan.

Cara Memasak :

  1. Panaskan 2 sudu besar buttercup bersama lebih kurang 3 sudu besar minyak lebihan goreng udang tadi.
  2. Masukkan kesemua bahan tumis diatas.
  3. Masak sehingga layu/kekuningan.
  4. Masukkan 1/2 cawan susu cair.
  5. Perasakan dengan 1 sudu kecil gula dan 1 sudu kecil garam.
  6. Masukkan 1 keping cheese.
  7. Masukkan udang.
  8. Kacau sebati semua.
  9. Siap utk dihidang.

Resepi Udang Tepung Goreng Garing

udang goreng tepung

Imej via Facebook

Kalau sudah pandai buat udang celup tepung mesti hari-hari asyik buat. Memang sedap dan rangup kerisik tepungnya. Sila cuba resepi yang dikongsikan oleh ‎Kitin Mahinah Pak Tam‎ di Facebook. Sangat Yummy!

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras cap gajah
  • 1 biji telur ambik kuning sahaja
  • 2 sudu air kapur
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu teh gula (rata tak nak mumbung)
  • Secubit kunyit
  • Garam
  • Air sejuk

Cara-cara :

  1. Bersihkan udang, tapis kemudian gaulkan dengan sedikit. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan gaul rata kemudian bancuh dengan air sejuk. Boleh letak ketul ais dalam air dan bancuh.
  3. Pastikan letak garam lebih supaya masin sebab selepas goreng rasa masin itu tak terasa sangat. (So jangan risau masa kita adun tepung terasa lebih masin ya)
  4. Pastikan masa menggoreng minyak kena hapus udang, baru dia masak sekata.
  5. Siap.

Resepi Udang Spicy Sweet Sour

udang spicy sweet sour

Imej via Facebook

Semalam tengok video lelaki siam makan udang sweet sour spicy. Rasa teringin pula nak masak. Husband pun teringin makan. Tunggu apa lagi. Jom buat udang spicy sweet sour ala Thai mengikut resepi ‎Qema Fazri‎ yang dikongsikan di Facebook. Sedap gila! Makan dengan nasi boleh ratah gitu pun dah sedap. Cukup rasa masam, manis, masin dan pedas buat pun senang.

Bahan-bahan :

  • Isi udang yang dicelur. (Kopek tingaal janggut dan ekor saja)
    Bahan Sos :
  • Cili kecil tumbuk bagi lumat. (Bubuh sebanyak pedas mana yang anda mahu)
  • Limau nipis 2 biji (ambil jusnya)
  • Serbuk cili kering kasar
  • Halia muda cincang halus
  • Bawang putih cincang halus
  • Daun ketumbar cincang halus.
  • Gula perang (gula biasa boleh juga)

Cara Memasak :

  1. Gaul sebati semua bahan sos dan perasakan dengan garam. (Nak letak sos ikan pun boleh)
  2. Lepas itu boleh gaul dengan udang/seafood lain.
  3. Sekejap saja bahan sos tadi akan meresap dalam udang.
  4. Jika nak letak sayur pun boleh. Contohnya lobak diparut halus, bawang besar cincang dan lain-lain.
  5. Sedia untuk makan.

Resepi Sambal Udang Goreng Petai

sambal udang goreng petai

Imej via Facebook

Resepi ini lain dari yang lain. ‎Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di Facebooknya menjelaskan bahawa resepi yang diwariskan mak dia ini dimasak dengan cara menggoreng udang terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sambal. Apakah anda juga memasak dengan cara yang sama? Sila tengok resepi di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • Bawang putih/merah kisar
  • Cili kisar
  • Air Asam
  • Udang goreng (half cooked)
  • Petai
  • Garam/Gula

Cara Memasak :

  1. Tumis bawang sampai kuning dan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar.
  3. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air asam sedikit.
  5. Tumis lagi, lepas itu masukkan petai/bawang hiris bulat.
  6. Akhir sekali masukkan udang goreng.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Siap.

Resepi-resepi udang di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Selain artikel koleksi resepi udang , jemput juga membaca artikel koleksi resepi daging, koleksi resepi ikan dan juga koleksi resepi nasi ayam.Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel ini jika dirasakan bermanfaat.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.