Ada sesiapa kawan-kawan yang suka makan laksa johor?

Laksa johor sedikit berbeza dengan laksa lainnya. Laksa johor menggunakan spaghetti dan bukannya menggunakan mee laksa biasa. Sejarah laksa johor dipercayai bermula selepas sultan johor melawat Itali dan ia memperkenalkan laksa johor menggunakan spaghetti.

Kuahnya pula lebih kurang sama macam kuah laksa biasa namun lebih pekat. Tradisinya kuah laksa johor menggunakan ikan parang dan orang dulu lebih suka makan laksa johor dengan tangan kerana lebih lazat.

Kali ini kami sertakan resepi laksa johor dengan kuah laksa lazat. Boleh dihidangkan untuk majlis tertentu ataupun hidangan hari raya.

Tanpa membuat anda tertunggu, sila tengok resepi daripada Nur Elina Mohd Aziz di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Laksa Johor

laksa johor

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Spaghetti,
  • 1 kg ikan selayang/kembung,
  • ¾ cawan rempah kari ikan,
  • ½ cawan cili kering yang dikisar,
  • 1 kotak santan segera,
  • 1 paket kecil kerisik,
  • Garam dan serbuk perasa.

Bahan Kisar dan Tumis :

  • 3 batang serai,
  • 2 inci halia,
  • 2 inci lengkuas,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 2 biji bawang besar,

Ulam-ulaman :

  • Timun,
  • Taugeh,
  • Daun kesom,
  • Kacang panjang,
  • Limau kasturi.

Cara-caranya :

  1. Ikan disiang dan dibersihkan.
  2. Kemudian ikan dikukus atau direbus bersama asam keping. Carikkan isi ikan. Air rebusan ikan tadi disimpan.
  3. Kemudian kisar ikan yang telah dibuang tulangnya dengan air rebusan ikan tadi. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak ½ cawan lalu tumis bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga kering.
  6. Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi dan kacau rata.
  7. Masukkan air rebusan ikan baki sedikit tadi dan santan.
  8. Apabila sudah mendidih, masukkan kerisik pula.
  9. Masukkan garam, perasa dan daun kesom sedikit. Kepekatan kuah Laksa johor ini mengikut suka. Air kena agak-agak.
  10. Siap.

    laksa johor

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi laksa johor, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.