Biasa orang buat daging bakar danok, tapi jika anda atau ahli keluarga anda tidak suka makan daging, boleh cuba gantikan dengan ayam pula.

Daging/ayam bakar danok ini jadi menarik kerana sos dia. Bagaimana tidak, sos bakar danok pakai beras yang disangai dan ditumbuk, ya menggunakan beras. Mesti anda tertanya-tanya macam mana rasa dia kan? Yang pastinya ada rasa pedas-pedas manis sos dia itu. Bahan perapan daging pula tidak kalah menarik. Untuk perap daging digunakan sos ikan, sos tiram, lada hitam, dan penggunaan gula perang serta gula Melaka mencetuskan rasa lemak manis pada daging.

Daging bakar danok sedap dimakan dengan sos bakar dan salad. Sedap juga dijadikan lauk dimakan dengan nasi. Tanpa tertunggu lama, mari cubakan resepi daging/ayam bakar danok perkongsian di Facebook oleh Cik Puan Julieta.

Resepi Daging @ Ayam Bakar Danok

 

Imej via Facebook

Bahan Perapan Daging :

  • Daging 1 kg (potong besar tebal 2@3cm),
  • 1 sudu kecil sos ikan,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 2@3 sudu besar gula perang,
  • Sekeping gula melaka,
  • 1 sudu kecil lada hitam,
  • Sedikit minyak,
  • Serbuk cukup rasa 1@2 sudu.

Bahan Sos :

  • Akar daun ketumbar,
  • Daun ketumbar,
  • 1 sudu besar beras (sangaikan dulu dan tumbuk),
  • 1@2 ulas bawang putih,
  • 1@2 sudu kecil sos ikan,
  • 2 biji limau nipis,
  • 1 sudu kecil brown sugar,
  • ½ keping gula Melaka (tumbuk kasih hancur campur air sedikit),
  • Chili flakes,
  • 1 sudu kecil sos cili,
  • 1 sudu kecil sos tiram,
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis).

Cara-cara :

  1. Tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih sampai lumat.
  2. Masukkan sos ikan, gula melaka, gula perang, beras yang disangai, perahan limau nipis.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram (saja tambah untuk pekatkan sos).
  4. Masukkan daun ketumbar yang dipotong.
  5. Masukkan chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah).
  6. Masukkan bawang besar yang dipotong tadi.
  7. Kalau tawar juga boleh tambah garam sedikit.
  8. Bakar daging guna pemanggang ajaib dalam 20 hingga 30 minit dan bergantung juga pada tahap air yang keluar dari perapan masing-masing ya. Buka api slow.

Tips : Untuk daging cepat lembut bila dimasak, perap daging semalaman dengan halia dihiris keping-keping.

Resepi Menarik Lain

Selain daging bakar danok, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.