Sedap bukan brownies? Rasa manis manis apabila dimasukkan ke dalam mulut. Pastinya dapat memikat selera sesiapa sahaja yang memakannya. Jika anda tiada penimbang di rumah dan ingin membuat brownies sediri maka resepi ini memang khas untuk anda.

Pada kali ini, kita akan membawakan resepi brownies yang menggunakan sukatan cawan, jadi tidak perlulah anda menggunakan penimbang. Brownies ini senang untuk disediakan dan anda boleh menyediakannya mengikut selera anda.

Resepi brownies sukatan cawan ini telah dikongsikan oleh Raja Azlina di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi yang telah dikongiskan oleh Raja Azlina.

Resepi Brownies Sukatan Cawan

brownies
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A (double boil) :

  • 3 sudu besar @ 1/4 cawan butter
  • 2 cawan dark beryls coin

Bahan B (kacau pelan sehingga sebati) :

  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C (gaulkan sehingga sebati) :

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk Nesacafe
  • Secubit garam halus
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara – cara penyediaannya:

  1. Campurkan bahan A dan bahan B. Kacau sehingga sebati dan masukkan bahan C.
  2. Kemudian kacau sehingga likat seperti adunan dodol.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dialas baking powder.
  4. Masukkan ke dalam oven. Sebelum itu pastkan ocen dipanaskan dalam 10 minit.
  5. Bakar sehingga 20-25 minit, api aras bawah suhu 160C.

Pantang larang:

  1. Gunakan telur gred B untuk memastikan adunan berkedut cantik.
  2. Gunakan overall gula perang pasti lebih sedap.
  3. Jangan gunakan butter terlalu banyak.
  4. Jika mahu kurang manis, boleh kurangkan kuantiti gula perang tetapi gantikan dengan 1/2 cawan coklat.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah bukan cara – cara untuk membuat kek brownies ini. Kami telah berkongsikan banyak lagi resepi di sini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan kawan kawan terdekat anda dan klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi lain.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.