Tepung bungkus ialah kuih muih tradisional yang sukar dijumpai masa kini. Walau masih ada yang menjual tepung bungkus tapi sudah semakin kurang.

Tepung bungkus amat lembut, ia diperbuat daripada tepung beras. Bila makan terasa lemak lemak masin ditambah pula inti kelapa yang sedikit manis.

Inti menggunakan kelapa muda yang disira nisan hingga kering, namun ramai juga yang guna gula merah. Inti dibulatkan sebesar ibu jari kemudian digolekkan di atas tepung pulut dan dibungkus daun pisang.

Asmaak Razali‎ berkongsikan resepi tepung bungkus lembut, sedap dan mudah di laman Facebook. Resepi telah kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Tepung Bungkus Lemak Manis

tepung bungkus

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus tepung beras (siam),
  • 10 cawan,
  • 24 sudu gula,
  • 2 sudu garam,
  • 1 kg santan.

Cara-cara :

  1. Masukkan 5 gelas air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dikacau sampai mendidih.
  2. Bancuh 5 gelas air bersama tepung dan kacau sebati,
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan kacau hingga tepung betul-betul masak dan nampak berkilat.

    tepung bungkus

    tepung bungkus

Bahan Inti :

  • 5 biji kelapa,
  • 1 kg gula melaka,
  • ½ sudu garam,
  • ½ kg gula,
  • 2 sudu debu pulut,
  • Daun pandan.

Cara-cara :

  1. Masak kelapa dengan air sehingga masak.
  2. Masukkan gula melaka, gula dan daun pandan.
  3. Bancuh tepung pulut dengan sedikit air dan masukkan ke dalam adunan kelapa.
  4. Masak sehingga kering.
  5. Bulat-bulatkan inti dan gaul dengan debu pulut.

Cara Menyediakan Tepung Bungkus :

  1. Lapis dua daun pisang.
  2. Letak 1 sudu tepung ke dalam daun pisang.
  3. Masukkan 2 biji inti.

    tepung bungkus

    tepung bungkus

  4. Tutup inti tadi dengan satu sudu lagi tepung.
  5. Balut tepung tadi dan lipat di bahagian hujung kiri dan kanan.
  6. Kukus selama 20-25 minit.
  7. Bagi sejuk sedikit dan baru boleh makan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tepung bungkus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.