Jom cuba resepi bihun sup ayam ini.

Berbincang pasal bihun, antara penyediaan bihun yang banyak di kedai-kedai ialah bihun goreng dan bihun sup. Jika anda lebih suka bihun berkuah, maka tentunya sekarang anda mencari-cari resepi bihun kuah sup yang sedap. Oleh itu, kami menyajikan kepada anda resepi bihun sup ayam yang mudah dikongsikan oleh Nurain Ain di Facebook.

Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai dan banyak yang sudah mencubanya. Bihun sup sangat mengenyangkan kerana bagaimana jua ia mengandungi karbohidrat serta daging ayam yang kaya akan protein. Makanan ini boleh dimakan bila-bila masa.

Tanpa membuang masa, sila anda cuba resepi bihun sup di bawah ini. Hidangkan bihun sup macam kedai yang anda buat kepada ahli-ahli keluarga anda.

Resepi Bihun Sup Ayam

bihun sup ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam setengah ekor.
  • Halia (diketuk).
  • Akar daun bawang.
  • Akar daun sup.
  • Garam dan aji.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • Bunga cengkih.
  • Minyak untuk menumis.
  • Rempah sup adabi.

Bahan Untuk Topping :

  • Bihun dicelur.
  • Tauge dicelur.
  • Fishcake digoreng.
  • Daun sup@daun bawang dan bawang goreng.
  • Isi ayam difloss.

Bahan Untuk Sambal Kicap :

  • Cili api kampung.
  • Bawang goreng.
  • Garam dan gula.
  • Kicap manis.
    *Tumbuk halus semua bahan.

Cara Memasak :

1. Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar daun bawang dan daun sup, garam dan aji secukup rasa. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti.

2. Mayang 3 ulas bawang merah,  3 ulas bawang putih dan halia.

3. Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan 1 batang kulit kayu manis dan sebunga cengkih.

4. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.

5. Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus.

6. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam.

7. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api.

8. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi. Siap.

bihun sup ayam

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sup bihun ayam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.