Tahukah anda, membuat biskut adalah salah satu aktiviti yang sihat yang boleh dilakukan bersama keluarga? Disini kami sediakan sebuah resepi yang sangat fresh, sedap dan sesuai dijamah seisi keluarga. Resepinya ialah resepi biskut Red Velvet.

Biskut Red Velvet ialah unik kerana rasanya tidak boleh didapati pada biskut lain. Warnanya juga cantik dan ini dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Rasanya juga amat lazat, jadi, ianya amat berbaloi untuk dibuat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Dhia Azlinda dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat.

Resepi Biskut Red Velvet

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250g Butter
  • 20g Minyak Sapi
  • 200g Gula Kastor
  • 2 Biji Telor Kuning
  • 240g Tepung Gandum
  • 100g Tepung Beras
  • 1 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 1/2 Sudu Besar Pewarna Merah
  • 1 Sudu Teh Esen Vanila
  • 70g Badam Cincang
  • 70g Coklat Chip
biskut-red-velvet
image via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Mula kita ayak bahan – bahan kering.
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko, ayak dan ketepikan. 
  3. Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar selama 5 minit. 
  4. Didalam mixer satukan butter, minyak sapi, gula kastor dan esen vanila. Putar sehingga adunan kembang dan adunan jadi kuning pucat.
  5. Masukkan kuning telur putar sehingga sebati.
  6. Masukkan bahan yang diayak tadi ke dlm adunan. Gaulkan dengan senduk kayu atau spatula. 
  7. Masukkan pewarna merah dan gaul sehingga rata. 
  8. Masukkan badam cincang dan coklat chip gaul shingga rata. 
  9. Sudukan adunan diatas dulang atau tudung periuk. Sebelum itu sapukan sedikit marjerin diatas dulang tersebut supaya biskut tidak melekat. 
  10. Hiaskan permukaan biskut tsebut dgn lebihan coklat chip.
  11. Bakar biskut tersebut.

Resepi Lain Yang Menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.