Kadang teringin rasanya menjamu selera dengan pancake pisang ala Thailand yang terkenal di Krabi itu. Pancake pisang yang seakan roti canai nipis yang berintikan pisang.

Ramai orang sukakan pancake pisang Thai ini. Namunnya, entah bila dapat sampai ke sana. Nasib lah baik orang yang boleh makan original pancake pisang di Thailand. Kita yang jauh ini boleh buat apa.

Hal demikian itu jangan dibuat pening. Baik buat sendiri pancake pisang ala Thai di rumah. Rasa sama macam pancake Krabi tersebut.

SyazwAni DaRwiny berkongsikan resepi pancake pisang di laman Facebook. Gerenti sedap, rangup, manis, dan mudah dibuat. Mari tengok resepinya di bawah ini. Jom kita buat pancake pisang ala Krabi.

Resepi Pancake Pisang Ala Thai

pancake pisang thai

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kulit popia, (sila guna saiz kecil sebab senang lipat nanti)
  • Pisang, (tidak kesah pisang apa janji jangan guna yang terlalu masak/lembik)
  • Telur,
  • Nutella @ coklat.

    pancake pisang thai

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Potong pisang seperti dalam gambar.

    pancake pisang thai

    Imej via Facebook

  2. Kemudian celup pisang tadi dalam telur. Jangan rendam lama sangat nanti pisang jadi lembik.

    pancake pisang thai

    Imej via Facebook

  3. Guna kuali ajaib untuk panggang. Api guna paling kecil.
  4. Mula letak kulit popia dan susun potongan pisang yang sudah dicelup dengan telur tadi. Susun sebanyak mana yang anda inginkan janji jangan penuh sangat sampai ke tepi.

    pancake pisang thai

    Imej via Facebook

  5. Kemudian letak lapisan untuk bahagian atas.

    pancake pisang thai

    Imej via Facebook

  6. Ketika sudah letak bahagian atas, cepat-cepat lipat bahagian tepi kulit popia. Kalau tidak nanti kulit popia akan jadi keras. Lipat macam buat murtabak.

    pancake pisang thai

    Imej via Facebook

  7. Jika sudah siap lipat, jangan biarkan lama di atas kuali, nanti terlebih keras. Jika kulit popia sudah melekat antara satu sama lain terus keluarkan pancake dari kuali. Tidak perlu tunggu kulit popia sampai garing.
  8. Akhir sekali, boleh lapiskan nutella sebagai topping. Letak susu pekat sedikit untuk tambah manis berlemak, boleh jugak ditambah dengan cheese parut jadi makin sedap.

    pancake pisang thai

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pancake pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.