Siapa sahaja tak suka makan ayam kan? Kali ini kami bawakan resepi Pasta Ayam Rangup yang amat lazat dan sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat umur.

Anda boleh hidangkan resepi ini kepada anak anda, atau hidangkan semasa majlis keraian kerana resepi ini amat mudah dan lazat! Resepi ini juga amat senang untuk diikuti kerana bahannya mudah didapati! Pasta juga merupakan karbohidrat yang lebih kompleks daripada nasi dan pastinya memberikan lebih kekenyangan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Chek Kuna Ahmad dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom kita lihat!

Resepi Pasta Ayam Rangup

pasta-ayam-rangup
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Pasta (saya guna angel hair)
  • Minyak zaitun
  • Garam
  • Air
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 4 biji cili padi potong kecil 
  • Serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • Brocolli potong & bersih
  • Tomato ceri dibelah dua
  • Isi ayam potong kecil
  • Tepung bestari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara – cara memasak:

Pasta:

  1. Panaskan air dan masukkan 3 sudu besar minyak zaitun dan garam.
  2. Apabila air sudah mendidih, masukkan pasta.
  3. Apabila pasta hampir masak, masukkan brocolli yang sudah siap dipotong dan dicuci.
  4. Kacau rata, angkat dan tskan pasta bersama brocolli tadi.
  5. Sediakan kuali kemudian panaskan 2 sudu besar minyak zaitun.
  6. Masukkan bawang putih dan cili padi.
  7. Apabila hampir garing, masukkan serbuk lada hitam dan kiub ayam.
  8. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa dan kacau rata sehingga kiub ayam larut.
  9. Masukkan pasta yang telah siap ditos tadi dan kacau rata.
  10. Kemudian, masukkan tomato ceri dan kacau rata.
  11. Rasa garam dan tutup api.
  12. Siap!

Ayam Rangup:

  1. Gaulkan isi ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
  2. Sediakan periuk atau kuali dan panaskan minyak.
  3. Goreng isi ayam sehingga garing.
  4. Toskan dan hiaskan diatas pasta yang sudah disediakan.
  5. Siap dan hidangkan!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.