Rahsia pajeri kaw akan diungkapkan pada perkongsian kali ini. Resepi pajeri terung oleh Zalina Yahaya yang dikongsikan di Facebook ini memiliki rahsia kesedapan yang tidak semua pajeri punya.

Bahan-bahan dan cara memasak lebih kurang sama sahaja namun suatu perbezaan akan terasa jika tahu teknik rahsia memasak pajeri terung kaw!

Merujuk sumber, rahsianya ialah sewaktu menumis bahan. Kalau mahu sedap, jangan tumis bahan tumbuk dengan rempah. Kalau ada bahan tumbuk macam bawang, halia dan bawang putih, kena tumis bahan itu dulu bagi betul-betul garing. Selepas itu baru masukkan rempah atau cili dan biar sampai pecah minyak.

Guna bahan-bahan asas buat pajeri. Follow step resepi di bawah ini, maka anda akan dapat menghasilkan pajeri terung yang boleh dibanggakan. Resepi sama boleh digunakan untuk buat pajeri nenas. Sila cuba.

Resepi Pajeri Terung

pajeri terung

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Terung,
  • 2 sudu besar penuh rempah daging giling Mak Bihah,
  • 2 sudu besar kerisik,
  • 4 sudu besar gula merah,
  • Garam,
  • Santan ¾ cawan,
  • Sedikit air.

Bahan Tumis :

  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Kulit kayu manis,
  • Bunga lawang,
  • Buah pelaga.

Bahan Blend :

  • 8 ulas bawang merah,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia,
  • 1 sudu besar udang kering.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bahan-bahan tumis.
  2. Kemudian masukkan bahan blend. Kacau sampai garing.
  3. Terus masukkan 2 sudu besar penuh rempah daging giling Mak Bihah atau rempah kari daging cap apa yang anda suka. Bancuh dengan sedikit air. Kacau sampai pecah minyak.
  4. Masukkan 2 sudu besar kerisik, 4 sudu besar gula merah, garam dan sedikit air. Kacau sebentar sampai pecah minyak. Api kena slow.

    pajeri terung

    Imej via Facebook

  5. Masukkan terung panjang. Ikut suka ingin potong macam mana. Ada yang suka belah dua memanjang. Ada yang suka belah dua memanjang tidak putus. Ada juga yang potong pendek. Kacau biar sebati dengan rempah.
  6. Masukkan santan anggaran ¾ cawan atau ikut kepekatan yang anda suka. Biar sampai terung lembut.
  7. Siap.

    pajeri terung

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pajeri terung , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.