Kali ini kita akan terokai makanan arab yang digemari masyarakat melayu. Shawarma nama diberi, umumnya shawarma menggunakan daging lembu dan ayam kadang ada juga guna daging kambing.

Perkongsian kali ini iaitu shawarma ayam oleh Ida Alina Salleh di laman Facebook. Penyediannya mudah, ayam diperap semalaman, dimasak di atas api yang panas dan dihiris nipis.

Kalau di negara Arab, dihidangkan dengan “Toum” atau sos bawang putih. Namun untuk mengelakkan bau, cik Ida buatkan sos yogurt.

Ayam lebih garing, lembut berperisa dengan sos yogurt yang sedikit masam dan sayuran segar di dalam roti arab nipis yang lembut. Bekukan lebihan roti arab yang dibuat. Keluarkan dari freezer semalaman dan esoknya sedia untuk digunakan.

Resepi Shawarma Ayam

shawarma ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan Shawarma:

  • Ayam,
  • 1 ulas bawang putih,
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih,
  • Lemon,
  • Garam,
  • Lada hitam,
  • Iceberg lettuce @salad,
  • Tomato,

Bahan Perapan Ayam :

Siapkan pada petang/malam sebelumnya

  • 1 kg thigh ayam (buang tulang) 8-10 keping,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar,
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih,
  • 1 sudu besar serbuk buah pelaga/cardamoms,
    1 sudu kecil all spice (yang bulat-bulat sebelah lada hitam itulah all spice. Kalau tidak ada, boleh guna serbuknya, atau tidak perlu letak),
  • 1 sudu kecil serbuk cili,
  • 1 sudu kecil smoked paprika atau paprika biasa,
  • 2 sudu kecil garam,
  • Sedikit lada hitam,
  • 2 sudu besar jus lemon,
  • 3 sudu besar minyak zaitun.

Cara Perap Ayam :

  1. Tumbuk bawang putih dengan lada hitam, all spice dan garam. Gaulkan pada ayam dengan semua bahan lain. Perap semalaman dalam fridge.

Cara Menyediakan Shawarma :

  1. Mula-mula sediakan ayam. Keluarkan dahulu ayam yang sudah diperap dari fridge.
  2. Campurkan 1 cawan yogurt dengan 1 ulas bawang putih cincang, 1 sudu teh serbuk jintan putih, jus dari satu slice lemon, garam dan lada hitam untuk rasa. Biarkan dahulu supaya rasanya mesra.
  3. Hiris iceberg lettuce dan tomato.

    shawarma ayam

    Imej via Facebook

  4. Panaskan cast iron hingga berasap. Letak sedikit sahaja minyak. Supaya ayam garing di luar namun berjus di dalam.
  5. Panaskan bahagian kulit di bawah. Apabila garing, balikkan ayam.
  6. Apabila ayam sudah masak, keluarkan dan rehatkan 10 minit di bawah aluminum foil.
  7. Hiris ayam nipis-nipis.
  8. Sapu sos yogurt pada roti. Letakkan lettuce, ayam dan tomato.

    shawarma ayam

    Imej via Facebook

  9. Bawa bahagian bawah ketengah dan roll.
  10. Siap sedia dimakan.

    shawarma ayam

    Imej via Facebook

Nota : Untuk versi vegetarian, perap tofu/ tempe semalaman dengan perapan yang sama dan buat macam ayam.

"

Resepi Menarik Lain

Selain resepi shawarma ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.