Minum petang-petang bertemankan kek coklat moist bakar, terasa sangat sempurna. Kek coklat biasanya dimasak dengan cara kukus. Namun pada perkongsian kali ini pula kami akan menunjukkan resepi kek coklat moist versi bakar.

Apa perbezaannya? Kedua-dua rasa kek ini sama-sama sedap dan lembut. Namun ada beberapa orang berasumsi bahawa kek coklat yang dibakar lebih sedap berbanding kukus kerana terasa agak rangup dan tidak terlalu lembik. Namun semua terpulang kepada selera masing-masing. Selain itu juga kemudahan untuk anda yang tidak punya pengukus, boleh buat kek dengan cara dibakar.

Apapun jenis keknya mestilah menggunakan resepi yang bagus. Jika anda teringin membuat kek coklat moist versi bakar, anda dipersilakan menengok resepi yang kami kongsikan ini. Tentunya resepi ini bukan sembarang resepi kek coklat biasa.

Resepi yang telah mendapat perkongsian sangat ramai di laman Facebook, dikongsikan oleh‎ Hajjah Ana Samad‎ ini boleh anda jadikan petunjuk untuk membuat kek coklat moist versi bakar. Confirm anda akan menghasilkan kek yang cantik dan lazat. Tunggu apa lagi. Jom buat resepinya!

Resepi Kek Coklat Moist Versi Bakar

kek coklat bakar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sdk ovalet
  • 1 sdk esen vanila
  • 1 sdk soda bicarbonate
  • 1 sdk baking powder
  • 2 biji telur

Cara Menyediakam :

  1. Mix/Blendkan telur, ovalet dan esen vanila bersama gula hingga kembang.
  2. Masukan susu. Mix lagi.
  3. Masukan pula minyak dan mix hingga sebati.
  4. Ayakkan tepung bersama serbuk koko.
  5. Kemudian masukkan baking powder soda bicarbonate.
  6. Tambahkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis.
  7. Lalu kacau bagi rata dan sebati.
  8. Kemudian masukan dalam loyang/acuan yang disapu minyak.
  9. Setelah itu bakar dengan suhu 160’C selama 1 jam atau hingga kek masak bergantung pada oven masing-masing. (Oven panaskan dulu).

Topping Coklat :

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sdm minyak masak
  • Sedikit susu cair/air

Cara-cara :

  1. Kacau semua bahan diatas api kecil hingga likat dan berkilat.
  2. Tuangkan keatas kek tadi perlahan.
  3. Akhir sekali hiaskan ikut kreativiti masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek coklat moist versi bakar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.