Ini bukan macam resepi mee bandung muar. Ini ialah resepi mee bandung versi Pahang.

Mee bandung untuk juadah makan malam. Resepi perkongsian ramai daripada Rohaida Mashud‎ di laman Facebook ini tidak ada menggunakan keledek @ ubi atau biskut. Lain orang lain resepinya. Resepi ini biasa dibuat untuk berniaga. Mesti confirm sedap sekata.

Jangan disalah ertikan bahawa mee bandung ialah mee yang berasal daripada Bandung salah satu kota di Indonesia. Mee bandung bermakna ialah mee yang digandingkan dengan bahan makanan lain seperti telur, udang, daging, kuih ikan dan sayuran.

Tunggu apalagi, jom buat resepi mee bandung sedap ala kedai sekarang. Selamat menjamu selera untuk anda dan keluarga.

Resepi Mee Bandung Sedap dan Mudah

mee bandung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

Anggaran makan 2-4 orang :

  • Bawang merah 2 biji sedang *
  • Bawang putih 3-4 ulas *
  • Cili kering 10 tangkai. Kalau nak pedas boleh buat lebih *
  • Udang kering/ikan bilis 2 sudu *
  • Kacang tanah kisar dalam 2-3 sudu
  • Sos tomato 1 senduk sedang
  • Mee kuning secukupnya
  • Sawi secekak
  • Tomato 1 biji
  • Daun sup dan daun bawang
  • Telur 2-4 biji
  • Bawang goreng

Cara-cara :

  1. Tumis bahan kisar bertanda *
  2. Masukkan isi ayam, daging, udang, sotong dan fishcake.
  3. Kemudian masukkaan air secukupnya.
  4. Letakkan sos tomato agak banyak untuk 2-4 orang makan guna 1 senduk nasi.
  5. Jika sudah mendidih, masukkan kacang tanah hancur sedikit.
  6. Perasakan garam dan gula.
  7. Pecahkan telur masukkan dalam kuah api perlahan 1 per 1.
  8. Masukkan mee kuning, sawi dan tomato.
  9. Jika nak makan boleh tabur daun sup/bawang dan bawang goreng.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.