Mee bandung muar, mee asli Johor yang amat memikat. Ramai orang dari seluruh negeri menggilai mee bandung muar.

Zai Nasir berkongsikan resepi mee bandung muar di laman Facebook. Resepi sedap turun temurun keluarga. Bahkan resepi ini dulu dipakai untuk berjualan. Tidak hairan jikalau resepi ini mendapat perkongsian amat ramai di Facebook.

Sekali sekala boleh anda cuba buat mee bandung muar di rumah. Gerenti suami akan ketagih tidak ingin makan luar. Kak Zai masak menggunakna pressure cooker jadinya cepat masak.

Resepi ini menggunakan 100% udang kering dan tidak ada tambahan sos dan lain-lain. Makin penasaran dibuatnya. Jom tengok resepinya di bawah ini.

Resepi Mee Bandung Muar

mee bandung muar

Imej via Facebook

Bahan Pes :

  • Cili kering dalam 4-5 genggam diblend dengan gula.
  • Blend udang kering dalam ½ kg.
  • Bawang putih 2 labu diketuk.

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang putih kemudian masukkan cili kering, biar sekejap.
  2. Kemudian masukkan udang kering. Tumis sampai hilang buih/masak.
  3. Jika ingin sedap dan cantik merahnya, renehkan dalam 2-3 jam.

Nota : Sebaiknya pes dibuat banyak, simpan dalam fridge. Boleh tahan sampai berbulan.

Bahan Stok :

  • Daging/tulang,
  • Bawang putih dan bawang merah – rincih,
  • Garam,
  • Rebus daging sampai empuk.
    Nota : Kalau guna tulang rasa lebih sedap. Ikut resepi asal guna daging dan potong kecil.

Bahan sediaan untuk 1-2 pinggan :

  • Udang/sotong – ikut suka.
  • Bawang putih 4 ulas – ketuk.
  • Sawi segenggam/ikut suka.
  • Telur 3 biji.
  • Mee.

Cara-cara Menyediakan :

  1. Tumis bawang putih kemudian masukkan [email protected]
  2. Kemudian masukkan sawi,
  3. Lalu ambil pes tadi dalam 3 senduk.
  4. Kemudian masukkan stok daging tadi dan daging sekali dalam 2 cawan air lebih kurang. Biar mendidih.
  5. Lalu masukkan mee dan masukkan telur sebiji-sebiji. Jangan bagi pecah. Didihkan sekejap sampai telur masak.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee bandung muar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Semua resepi ini menarik untuk dicuba.

Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.