Membuat hati tertarik pada comelnya apam polkadot. Mengingatkan ramai yang teringin resepi apam polkadot maka dengan suka cita kami hadirkan resepi apam polkadot comel resepi daripada Ly Safra Keplie di laman Facebook.

Resepi apam polkadot ini selalu diguna pakai oleh tuan punya resepi untuk berniaga. Ramai pelanggan yang pesan untuk tempah apam polkadot comel ini.

Mungkin ramai antara pembaca yang ingin tahu rahsia membuat apam polkadot yang cantik serta cara membuat tompok dot yang cantik lagi menarik. Maka itu teknik membuat apam polkadot lengkap kami sediakan di bawah ini.

Lengkap dengan tips yang perlu diperhatikan. Sila tengok dan take note resepi di bawah ini. Selamat membuat apam polkadot.

Resepi Apam Polkadot

apam polkadot

Imej via Facebook

Bahan 1 :

  • 3 biji telur,
  • 1 cawan gula halus,
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 sudu besar ovalate,
  • 1 sudu besar esen vanila.

Bahan 2 :

  • 2 cawan tepung naik sendiri (Bluekey kotak pink) atau beli di kedai bakery ada jual tepung naik sendiri pun boleh.

Cara-cara :

  1. Mix telur dahulu dengan kelajuan paling tinggi, kemudian masukkan gula halus dan ovalate. Pukul lagi sehingga bertanduk.
  2. Selepas itu masukkan susu cair.
  3. Selepas siap mix bahan 1, masukkan tepung naik sendiri dan mix paling minima sehingga rata.
  4. Last sekali masukkan perisa esen vanilla supaya apam berbau wangi
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa warna (letak warna ikut suka, kalau suka letak filling buah pun boleh).

    apam polkadot

    Imej via Facebook

  6. Panaskan periuk kukus dan buka api kuat sehingga air menggelegak.
  7. Adunan dimasukkan dalam piping bag.

    apam polkadot

    Imej via Facebook

  8. Paip separuh dalam acuan lalu letak inti kemudian paip lagi sampai penuh.
  9. Selepas itu boleh letak dot-dot atau corak ikut suka.

    apam polkadot

    Imej via Facebook

  10. Bila air sudah menggelegak, kukus apam dalam 8-10 minit dengan api yang paling perlahan.
  11. Siap.

    apam polkadot

    Imej via Facebook

Tips :

  1. Pastikan penutup periuk kukus dibalut kain, supaya air tidak jatuh ke atas apam.
  2. Pastikan kukus dengan api yang perlahan untuk elak apam merekah.
  3. Mix telur dahulu paling maksima sehingga kembang untuk dapatkan apam yang lembut dan gebu.
  4. Simpan apam dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apam polkadot, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terimakasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.