Selalunya, apabila kita menyediakan chicken grill, salah satu isu yang akan menjadi masalah adalah ianya akan menjadi terlebih masak. Kemudian, apabila ayam itu tidak gebu dan keras, maka kuranglah selera kita untuk makan hidangan itu.

Kini, tiada lagi masalah itu. Kami datang dengan solusi yang anda boleh cuba bagi menyediakan chicken grill yang gebu dan berjus. Bukan setakat itu, ayam yang digril juga lebih sihat jika hendak dibandingkan dengan ayam yang digoreng. Jadi, anda bolehlah mencubanya bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Ezra Erlyna Ibrahim menerusi Facebook dan diperoleh daripada Imanannur Kitchen. Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di Facebook. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!

Resepi Chicken Grill Gebu

chicken grill gebu
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam (1 ekor dibelah rerama)
  • Bawang besar (kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • 5 sb sos tiram 
  • 3 sb kicap pekat (manis)
  • 3 sb cuka (bila bakar ayam akan jadi juicy)
  • 3 sb jintan manis
  • 2 sb jintan putih
  • 1 sk serbuk paprika
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk serbuk ayam
  • Mix herb

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan – bahan kisar dan semua bahan – bahan diatas kedalam bekas dan gaulkan semua sekali dengan ayam.
  2. Perapkan semalaman atau minimum dua jam (Saya suka perap semalam sebab bahan perapan akan rasa sampai kedalam ayam)
  3. Bakarkan ayam tersebut. Sebelum bakar, pastikan anda taburkan mix herb dan lada hitam ke atas ayam.

Nota: Rasa dulu sebelum letak garam sebab kesemua bahan sudahpun ada bahan perisa. Kalau kurang rasa, barulah letak garam.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini dan hidangkan kepada yang tersayang. Oh, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.