Apakah anda sedang tercari-cari resepi kimbap roll? anda datang ke laman yang tempat, kerana kami mengongsikan resepi kimbap roll asli korea di bawah ini.

Gimbap atau Kimbap adalah makanan ringan segera Korea yang sangat digemari dan terkenal. Bahan asas gimbap adalah nasi, daging, sosej, danmuji, sayuran yang diacar atau yang masih segar. Kimbap kaya akan protein.

Dibawah ini kami kongsikan resepi kimbap roll korea yang telah dikongsikan oleh Wawa Ashihara di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Resepinya mudah sahaja. Jemput baca dan mencubanya.

Resepi Kimbap Roll (Korean Food)

Resepi Kimbap

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Beras biasa atau beras Jepun (Sumo)
  • Seaweed Nori (pilih yang untuk buat sushi)
  • Minyak Bijan (korea pakai minyak bijan)
  • Bamboo mat (penggulung)
Resepi Kimbap

Imej via facebook

Bahan isi :

1.  Ketam
2. Telur dadar
3. Sosej ayam/daging
4. Timun jepun
5. Carrot

Tambahan jika nak letak sebagai inti :

6. Tuna (ikut citarasa)
7. Ikan salmon
8. Udang
9. Keju slide
10. Chicken slide

Cara Membuat Kimbab Roll Korea

1. Letak bamboo mat disertai dengan seaweed (nori) diatasnya.

2. Kemudian letak nasi yg ditanak tadi diatas seaweed secara rata. (Nipis lagi elok elak seaweed terburai masa nak gulung. Nak tebal tak jadi masalah. Tapi sapu setengah sahaja supaya masa nak gulung bahagian hujung nasi & inti tak terkeluar. Dan letak inti-inti yang anda suka. Boleh deco sendiri. Macam saya letak sosej,telur,ketam,timun jepun dan carrot.)

3. Gulung secara perlahan bersama bamboo dan ketatkan gulungan supaya kimbap roll tersebut terasa mampat dan isi tidak terburai. Gulung hingga ke hujung dan tekan sedikit bagi ketat.

4. Siap sudah sesi menggulung. Sebelum potong, sapu minyak bijan pada seaweed bagi nampak berkilat.

Resepi kimbap

Imej via facebook

Imej di atas ialah rupa kimbap roll guna beras biasa yang kita selalu makan. Cuma beras biasa kena lah lebihkn air supaya ia lembik dan senang lekat pada nori tu.

resepi kimbap

Imej via facebook

Imej di atas pula rupa kimbab roll guna beras jepun (sumo). Kalau ikutkan kedua-duanya rasa sama sedap. Kalau anda jenis kuat masin, masa masak nasi tu letaklah garam secubit rasa. Tiada masalah.

#kalau saya lebih refer beras sumo sebab sudah ada sukatan dan comel bila sudah siap masak.

5. Akhir sekali cicahlah dengan soy sauce sebagai pencicah.

Senang sahaja resepi kimbap ini. Anda boleh mencubanya bila ad masa lapang.. Selamat mencuba..

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kimbap Roll Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.